KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik MAC dilihat seperti ‘sedikit keliru’ oleh netizen apabila mengeluarkan video tips solek untuk wanita Muslim, khusus untuk bersahur.
Video yang bertajuk ‘Get Ready for Suhoor‘ atau ‘Sedia Untuk Bersahur’ yang berdurasi 30 saat ini memaparkan artis solek, Mairam Khairallah sedang memakai eye shadow atau pembayang mata dan maskara kepada seorang model.
[embedded content]
Kempen ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.
Sementara itu, ada juga yang mempertahankan kempen jenama itu sambil berkata acara bersahur memang disambut meriah di beberapa komuniti di Dubai.