Malaysia memilih Bell Ngasri, ibu menangis anak tercalon selepas 37 tahun berkecimpung dunia lakonan. Nampaknya fenomena mengundi Bell Ngasri semakin menemui gelombang besar.
Selama 37 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, ini kali pertama dirinya terpilih sebagai top 5 bagi Anugerah Artis Komedi Popular selain muncul antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi pada saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.
#Malaysia Memilih Undi Bell Ngasri
Dalam gelombang undian darinya termasuk menerima sokongan padu dari rakan-rakan artis yang turut sama memberi undian kepadanya, antaranya Azza Elite, Shuib Sepahtu, Wak Doyok, Mas Anizan dan ramai lagi, ibunya, Habibah Jaafar antara yang menzahirkan rasa terharu dengan pencalonan diterima anaknya ini.
Ibu Menangis Anak Tercalon Selepas 37 Tahun Berkecimpung Dunia Lakonan
Memetik laporan Kosmo Online, jelas Bell, ibu menangis bila dirinya tercalon sebagai top 5 artis komedi popular.
“Reaksi ahli keluarga bila dapat tahu saya tercalon, memang seronok. Bagi mereka, akhirnya ada satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga.
“Beberapa hari ini, entah kenapa mak saya sedih sangat. Mungkin terharu melihat anak yang dia sendiri bawa masuk dalam industri sejak kecil akhirnya tercalon.
“Namun saya pesan kepadanya, ‘buat biasa sudahlah’,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Cucu Ke Anak?” Wajah Awet Muda Buat Ramai Tak Sangka Nazseli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu
Sementara itu, dia turut terkejut dengan sokongan yang diberikan peminat untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.
“Alhamdulillah, entah macam mana ramai yang menyokong saya. Kalau boleh nak jumpa dengan semua yang membuatkan saya berjaya tersenarai sebagai finalis.
“Satu sahaja harapan saya, kalau boleh tidak mahu terlalu dibuai dengan mimpi.
“Saya tak mahu piala atau anugerah lain pun. Sokongan dan kasih sayang peminat seperti sekarang pun sudah cukup buat saya bersyukur,” katanya lagi.
Selain Bell, empat lagi selebriti lain yang turut tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular iaitu Zizan Razak, Jaa Suzuran, Johan dan Syahmi Sazli.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.