Rupanya jika masak sambal sotong yang sedap rasanya, kena letak kacang tanah kisar. Berbanding buat sambal sotong putih, sotong kembang ni ada caranya untuk menjadikan sambal lebih sedap.Paling penting, kena masukkan sedikit kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar kasar. Sedapnya sambal sotong kembang ni makan dengan nasi lemak atau lontong.
Boleh cuba resipi dan cara buat sambal sotong kembang seperti yang dikongsikan oleh Puan Har Ryea ini.
Hari Ni Masak Sambal Sotong Kembang
Bahan-Bahan:
3 ekor Sotong, bersihkan.
(ikot petua, rebus sekejap jer. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua pastu toskan & potong kecil)
6-7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sudu besar Bawang Besar kisar
1 sudu besar Bawang Putih kisar
1 sudu besar Halia kisar
1-2 biji Bawang Besar hiris kasar
seketul kecik gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
sedikit Gula Pasir
semangkuk kecil Kacang Tanah (goreng & kisar sedikit kasar)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar, goreng sampai sedikit garing.
2.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
3.Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan jugak gula melaka, terus tumis.
4.Masukkan Garam, Ajinomoto, Gula Pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata-rata dan biarkan hingga naik minyak.
5.Boleh masukkan sotong, gaul rata dan masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
6.Masukkan sedikit air, gaul lagi dan boleh tambah kacang tanah jika nak.
7.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tak hangit.
Alhamdulillah, siap.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:Resipi SAMBAL Masak Tradisi Orang Selama Perak, Belajar Dari Arwah Mak Mentua!
Artikel Menarik:Sambal Kacang Garing Rangup, Tunggu Cili Betul-Betul Sejuk Baru Gaul Rata!
Mesti Baca:Sambal Bilis Kekal RANGUP Sampai Seminggu, Jangan Guna Bawang Merah!
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak masak sambal sotong kembang yang sedap. Kena letak kacang tanah kisar sikit.Boleh cuba nanti.
Sumber:Har Ryea
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita