oleh Team Richworks pada 23 August 2018
Langit Mekah cerah. Langit Madinah tiada berawan.
Jabal Ar-Rahmah yang sudah berdiri kukuh semenjak beribu tahun lampau masih utuh menanti Duyufurrahman.
Sebaik tergelincir matahari petang 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos 2018, berjuta-juta tetamu Allah SWT mula berhimpun di Padang Arafah. Padang yang selama berbulan-bulan tandus dan kering kontang tiba-tiba hidup dengan selautan manusia yang datang dari seluruh sudut benua.
Dengan ihram putih, mereka semua dihimpunkan di satu padang yang digambarkan keadaanya seperti Padang Mahsyar di akhirat. Semuanya sama. Tiada yang lebih dan kurang. Ihram dan telekung putih yang mereka wajib pakai diibaratkan seperti kain kafan. Mereka tinggalkan segala apa yang ada, jenama, harta, pangkat, keluarga dan kemewahan hanya untuk wukuf di padang tandus. Hanya untuk berdoa dan meraih ampun serta redha Allah SWT.
Satu hari yang dinamakan wukuf yang digelar juga sebagai perhimpunan agung untuk semua jemaah haji merenung kembali perjalanan kehidupan dan sumbangan yang diberikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Menghitung-hitung adakah cukup pahala dan kebaikan yang dibuat, saban tahun untuk dijadikan bekal menghadap Allah SWT.
Setiap tahun, bila hampir musim haji kami sentiasa menerima khabar dari peserta program Richworks dan dari #AnakDidikDrAzizan yang menceritakan tentang kesyukuran dan kegembiraan mereka kerana dipanggil untuk menjadi tetamu Allah SWT dan terpilih untuk menjadi jemaah haji. Rata-rata akan bercerita tentang bagaimana mereka tak menyangka, mereka dapat peluang ini lebih cepat dari yang dibayangkan dan lebih mudah dari mereka gambarkan.
Yang paling menggembirakan bila mereka kata, menunaikan haji adalah satu daripada 101 Impian yang mereka tuliskan di dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang mereka pernah hadiri. Ramai juga yang akan singkap kembali perjalanan kehidupan dan kejayaan yang mereka capai selepas pulang dari IMKK. Bagaimana setiap langkah dan usaha yang mereka ambil dengan ilmu yang mereka belajar bermula dari Program IMKK membantu mereka mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik dengan tahap kewangan yang lebih tinggi serta nikmat kebahagiaan yang mereka dapat. Alhamdulillah.
Tiada yang lebih membahagiakan kita bila kita dapat mencapai impian dan membahagiakan orang lain terutama orang yang paling kita sayang. Tapi bagaimana kita boleh membahagiakan orang lain jika diri sendiri pun masih belum dapat rasa nikmat bahagia? Dan bagaimana nak menikmati bahagia kalau sentiasa di kelilingi dengan masalah hidup, hutang keliling pinggang, tak puas hati dengan apa yang berlaku, setiap hari rasa bengang, dan fikiran yang sangat kusut?
Ramai orang yang setiap hari bangun pagi dengan berat hati dan tidak bertenaga. Di bahunya bagai terpikul beban yang sangat berat. Mereka bangun pagi tanpa ada sebab yang khusus, tanpa matlamat yang jelas apa yang mereka nak capai, untuk siapa dan kenapa. Jangankan untuk melihat matlamat jangka panjang, matlamat untuk satu hari pun mereka tak ada!
Hidup mereka bagai dipaksa dan terpaksa melakukan apa yang mereka tak suka. Mereka paksa diri menghadapi kesulitan hidup, mereka paksa hati ‘gembira’ dengan keadaan yang ada dan mereka tanam dalam fikiran… ” Dah nasib aku macam ni…”
Setiap bulan mereka akan hadap masalah yang sama. Kewangan yang tak cukup, hutang yang tak terbayar, permintaan orang tersayang yang tak dapat dipenuhi dan impian sendiri yang terpaksa dilupakan kerana mereka rasa mereka tak mampu. Dan setiap bulan, mereka terpaksa mengecilkan kehidupan dan terima seadanya keadaaan hidup yang sebenarnya tak selesa sehingga akhirnya mereka rasa “aku dah biasa… ”
Hati yang tak bahagia adalah satu penderitaan. Dan di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), yang dah diadakan semenjak tahun 2010 dan dah dihadiri lebih dari 70,000 orang peserta mula faham kenapa mereka tak bahagia dan bagaimana mereka nak hidup lebih bahagia dengan kejayaan yang mereka kecapi dan peningkatan tahap hidup dan kewangan. Mereka sedar apa yang mereka perlu buat untuk jadi lebih baik? Apa yang mereka perlu ada untuk dapat kehidupan yang lebih bahagia? Bila mereka sedar apa sebenarnya potensi diri dan apa kekuatan serta kemampuan mereka, bermakna mereka dah jumpa kunci kebahagiaan.
Sama seperti #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya dalam hidup mereka. Suatu masa dulu mereka pun pernah hidup kucar kacir dan tak bahagia. Tapi, keputusan yang pernah mereka buat untuk mencari kebahagiaan sehingga membawa mereka ke IMKK menjadi titik permulaan sebuah perjalanan kejayaan.
Anda mungkin terfikir, “Alangkah bahagianya mereka yang sekarang ini dapat menunaikan haji, dengan keluarga tersayang…”
Anda mungkin rasa “Itu rezeki mereka…mereka bertuah, aku tak!”
Soalannya, sampai bila nak memendam impian dan rasa bengang hanya kerana anda tak tahu bagaimana nak hidup lebih bahagia, kaya dan berjaya? Takkan nak tunggu giliran pergi haji tahun 2090 yang mungkin masa tu, hayat kita pun dah tak ada?
Kebahagiaan anda, anda sendiri yang tentukan dan semuanya bermula dari satu keputusan dan tindakan.
www.imkk2018.com