Mentor Mencari Mentor, Kembara Dua Benua Demi Menuntut Ilmu
oleh Team Richworks pada 11 February 2018
“Remember, you don’t have to be liked by everybody or anybody; you don’t even have to be anybody! You could be inspired by others but you are good in your own ways and you deserve what you deserve after you have worked for it!” – Dr Azizan Osman
Senang cerita, hidup ini tak perlukan pengiktirafan dari sesiapa dan tak perlukan untuk anda jadi orang lain! Anda hanya perlu jadi diri anda dan pastinya anda berhak untuk dapat hasil dari apa-apa juga yang anda dah usahakan!
Tapi, takkan anda tak mahu langsung bergerak ke satu tahap yang lebih baik atau tinggi dari sekarang? Memang anda tak perlukan pengiktirafan dari orang lain, sebab andalah yang perlu mengiktiraf dan menghargai diri anda sendiri. Dengan cara sentiasa menambah ilmu dan memajukan diri.
Dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Eropah dan ke negara-negara Asia lain seperti Bangkok, Thailand, duo mentor ini tak pernah berhenti menjejak cabang-cabang ilmu baru dan terkini. Jika di Malaysia, merekalah otai dan mentor bisnes, tapi di luar mereka sama seperti pelajar lain. Tittle guru atau mentor tak bermaksud mereka perlu goyang kaki dan bongkak dengan ilmu yang ada. Sebaliknya perlu sentiasa humble dan upgrade ilmu supaya dapat membantu lebih ramai lagi anak didik mereka di sini. Zaman berubah, ilmu pun makin banyak perlu ditambah.
Terkini, duo mentor kami, Dr Azizan Osman dan Jerry Rizal meneruskan misi ilmu mereka lagi. Jika sebelum ini mereka akan ke tempat yang sama, kali ini seorang terbang ke Bangkok, manakala seorang lagi terbang ke Germany demi memenuhi impian masing-masing – semuanya atas dasar menambah lebih banyak nilai pada diri dan masyarakat. Kelajuan dan kepantasan teknologi, ilmu pengetahuan berkaitan yang terkini dan moden, selain teknik research terbaik yang mampu dicontohi dari sana. Learn from the best kata orang-orang lama.
Bukan sekadar travelfor leisure jika itu yang anda nampak dan anggap. Setiap satu perjalanan mereka ke luar negara memiliki tujuan yang tertentu. Dan pasti, pengalaman, pemandangan dan perspektif yang mereka perolehi juga berbeza setiap kali. Penting untuk mengubah angin sekali dalam beberapa selang masa jika anda berada dalam industri perniagaan dan keusahawanan. Setiap satu pandangan baru akan memberikan seribu satu idea baru dalam bisnes.
They walk the talk. Jika mereka kata anda perlu bertindak untuk dapatkan hasil yang mantap, mereka terlebih dahulu bertindak mengubah logistik pada yang lebih baik saban waktu. Mereka komited beri masa dan tenaga untuk bantu anda capai lebih banyak untuk dunia serta akhirat dan supaya dapat beri manfaat kepada lebih ramai orang. Mereka beri peluang kepada diri mereka untuk meneroka apakah potensi diri mereka yang masih tersembunyi kerana ianya menjadi pencetus kepada permulaan hidup mereka di tingkat yang lebih tinggi. Mereka bertindak dengan ilmu & formula yang dah terbukti bantu ramai usahawan capai tahap jutawan. Mereka belajar dengan jutawan-jutawan yang telah terbukti dan memang menghasilkan results yang benar-benar real! Benar bukan, “Siapa kawan kita juga mempengaruhi fikiran dan keputusan kita.” Bersahabat dengan orang-orang hebat, menuntut ilmu dengan orang hebat-hebat, insyaAllah tempiasnya pada anda juga.
5 prinsip yang patut anda turut ambil dari dua mentor ini;
- Sanggup berkuli
- Buang ego untuk belajar (Humility to learn)
- Disiplin
- Tanam sifat ingin tahu
- Buang “No” & “I don’t know” dalam diri
Berkuli bukan pada benda tak munasabah. Jika ia bawa pengalaman dan manfaat, apa salahnya?
Ramai orang bertanya, kenapa mentor-mentor ini bersusah payah mencari ilmu sampai ke luar negara. Bukan dalam negara pun ada juga? Benar, diakui dalam negara memang banyak ilmu yang boleh dicari, tapi kadang-kala kita perlu lebih berani untuk cedok ilmu dari luar. Bila kita bersendirian dan ‘terpaksa’ belajar dalam suasana yang kita tidak biasa, ia sebenarnya membantu mematangkan cara pemikiran dan meluaskan perspektif kita tentang banyak perkara.
Kelajuan Ilmu
Anda sendiri tahu betapa besar dan lajunya perbezaan dari segi ekonomi dan teknologi negara luar berbanding Malaysia. Apa yang mereka cari adalah ilmu yang terkini, trend terkini, strategi terkini – only the latest, most current knowledge and best practices. Yang mereka nak dari sana juga adalah “kelajuannya” – speed of things. Mereka mahu korek rahsia tentang bagaimana bisnes boleh dibina dengan lebih ampuh supaya dapat meningkatkan ekonomi dengan lebih pantas, moden dan yang paling penting ketahui cara terbaik untuk kekal dalam permainan.
Di luar sana, mereka mempunyai teknologi canggih yang mampu melaksanakan pelbagai jenis kajian-kajian yang kadangkala kita sendiri rasa mustahil. Sebagai contoh, mereka mempunyai kepakaran dan kapasiti untuk bereksperimentasi tentang perilaku manusia, dan ia bukan dijalankan pada seratus atau dua ratus manusia, tapi mereka mampu buat pada skala puluhan ribu atau mungkin jutaan manusia.
Dengan eksperimen besar-besaran, mereka mampu mengeluarkan jawapan dengan lebih terperinci dan tepat. Inilah ilmu yang berharga yang perlu kita gali dan hadam.
Mentor-mentor hebat ini mahu pelajari ilmu-ilmu ini dan bawa ianya pulang ke Malaysia, dan kongsikan dengan anak-anak didik mereka di Malaysia. Mereka mahu anda semua sentiasa miliki akses pada ilmu terbaru agar keupayaan untuk bersaing itu bukan setakat di dalam negara sahaja tapi turut mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.
Pengalaman Hidup Sebenar
Mereka amat tidak gemar untuk berkongsi ilmu yang hanya berdasarkan teori sahaja. Semua ilmu yang mereka ajarkan adalah berdasarkan jatuh bangun pengalaman hidup sebenar. Apa yang dikongsikan itulah pengalamannya terdahulu.
Bagi mereka, biar mereka yang terlebih dahulu lalui pengalaman “trial and adjust”, biar mereka dapatkan teknik atau strategi tertentu dahulu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bila berjaya, baru akan dikongsikan jalan pintas tentang bagaimana nak lakukannya dengan mudah dan pantas.
Menuntut ilmu hingga ke negara China, hingga ke liang lahad! Menuntut ilmu itu tiada batasan jarak dan tiada batasan waktu. Itulah yang dipegang kemas. Ilmu tak ada yang lapuk. Ia sentiasa terevolusi dan bertambah. Yang gagal dan rugi bila anda berhenti mencari dan menggali. Setiap satu sen yang dibelanjakan pada jalan ilmu itu bukan pembaziran tapi ianya satu pelaburan. Cuma pastikan pelaburan itu mendatangkan manfaat dan kebaikan.
Jadi, ilmu apa dan negara mana lagi yang anda mahu cadangkan untuk mereka terokai dan mulakan pengembaraan?