Tinggal seminggu lebih sahaja lagi sebelum Ramadan meninggalkan kita. Pasti ramai sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Ada juga yang sudah mula memikirkan juadah apa sesuai dijamah pada pagi raya nanti.
Pada Hari Raya, ada beberapa menu makanan yg pastinya pilihan majoriti penduduk di Malaysia. Tak kira negeri mana, pasti menu-menu ini akan menjadi juadah utama utk hidangan Hari Raya.
Menu Hari Raya yang paling popular di Malaysia.
Berikut merupakan juadah popular yang wajib ada pada pagi Hari Raya. Tidak lengkap beraya jika tiada makanan-makanan tradisional masyarakat Melayu ini.
1. Ketupat
-Adalah sejenis makanan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa.
-Ianya direbus dalam air menggunakan periuk
-Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan yang digunakan dan daun yang digunakan utk membalut ketupat
-Ketupat pulut ialah ketupat yg menggunakan pulut sebagai bahan isinya
-Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya
–
-Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa
-Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi
-Dikenali sebagai simbol hari perayaan Hari Raya di Malaysia
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan lazimnya digunakan utk membalut ketupat pulut.
Selalunya ketupat daun palas mengambil masa agak lama sedikit kerana perlu menganyam daun palas sebelum memasukkan beras pulut ke dalamnya. Tetapi, jika anda sudah mahir menganyam setelah belajar dari ibu atau nenek pastinya ia lebih cepat siap.
-Menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yg dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak
-Dimakan dengan rendang atau serunding
-Turut menjadi makanan orang asli Negrito di Kelantan, suku Semai dan Minangkabau.
Biasanya malam raya para ibu dan isteri sibuk menyiapkan rendang penuh satu kuali untuk keluarga tersayang. Rendang merupakan menu wajib malah dianggap sebagai ‘simbol’ hari raya bagi sesetengah orang.
-Menggunakan bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik untuk memasak rendang
-Daging batang pinang atau daging ayam selalu digunakan sebagai bahan utama masakan rendang
-Dimakan bersama lemang, nasi, ketupat dan pulut kuning
5. Lontong
Kepada sesiapa yang gemarkan kuah lemak, anda pasti sukakan lontong yang pekat, letak sambal tumis sikit kemudian makan dengan nasi impit. Memang mengancam!
-Bahan masakan dalam lontong seperti kacang panjang, lobak, kubis, serai, lengkuas, santan, tauhu, telur dan tempe goreng
-Dimakan bersama nasi impit dan juga ketupat.
6. Nasi Impit
Nasi impit merupakan juadah penting kerana ia boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan berkuah seperti lontong, kuah kacang, rendang dan banyak lagi.
Nasi impit ialah nasi yg dihimpit atau ditekan di dalam bekas sehingga menjadi ketulan yg besar. Ianya kemudian dipotong menjadi kecil-kecilan.
7. Kuah Kacang
-Kuih kacang terdiri daripada bahan seperti mentega kacang, santan, kicap, halia, bawang putih, rempah etc.
Selain boleh dimakan dengan sate dan cucur udang, kuah kacang juga enak dimakan bersama nasi impit di pagi raya. Boleh mengimbau kenangan silam dibuatnya.
8. Kuih Raya
Apabila beraya ke rumah sanak-saudara, anda pasti akan dijamu oleh tuan rumah dengan pelbagai jenis kuih raya yang ada. Maka, kuih raya juga wajib ada pada pagi raya untuk tetamu yang bakal berkunjung ke rumah anda.
Tak sabar rasanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sejak radio mula mainkan lagu hari raya. Jangan lupa lengkapkan segala persiapan raya sebelum pulang ke kampung halaman.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca MalaysianOnlineNetwork.com