Mak ayah pastinya terharu apabila anak semakin meningkat dewasa dan kini sudah tahu berbakti serta menunaikan tanggungjawabnya pada kedua ibu bapa. Pemberian duit belanja pada mak ayah, meskipun tak seberapa jumlahnya, niat ikhlas dan mendapat keberkatan itulah yang paling utama.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Norman Hakim, 45 cukup terharu dan tersentuh hati dengan tindakan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17 yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja.Difahamkan, Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, dia tidak pernah mengajar Danish untuk berbuat sedemikian, namun anaknya belajar dari apa yang dilakukannya.
Menurut perkongsian itu, Norman menyatakan pemberian tersebut telah beberapa kali diberikan serta menunjukkan jumlah yang diterima iaitu sebanyak RM200.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah-bertambah bila bersedekah dan bagi duit belanja pada parents.
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.
We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yg mmg dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya.
Doa Bisnes Anak Dipermudahkan
Dalam pada itu, bekas pengacara Mingguan Wanita Talkshow ini juga turut mendoakan agar bisnes dan perjalanan anak lelakinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan Allah.
Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada 8 Januari 2002, namun bercerai pada 18 Disember 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Baca Lagi Di Sini:
Bagi Nafkah Dan Duit Belanja Pada Isteri Tu Tak Sama
MW: Sebagai mak ayah pastinya terharu apabila anak sudah mampu memberikan duit belanja kepada kita hasil titik peluh mereka. Sesungguhnya mak ayah adalah cerminan pada anak-anak dan mereka banyak belajar daripada apa yang dilihat.