KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima lagi individu termasuk tiga pegawai dari sebuah agensi jabatan di Pahang yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta, pada Ahad.
Menurut sumber, kelima-lima individu tersebut yang berusia diantara 35 tahun hingga 51 tahun telah ditahan diantara pukul 3.50 petang hingga 10.40 malam tadi.
Katanya, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Pahang selepas hadir memberi keterangan.
Tambahnya, kesemua suspek tersebut disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang telah direman Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang.
Kata sumber lagi, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin dan kedua-duanya akan disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) dan Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.