PENYAMPAI radio Sinar Salih Yaccob teruja apabila menghadiri majlis konvokesyen anaknya, Norfareshah.
Menerusi perkongsian Salih di akaun Instagram (IG) miliknya, Salih bersama anaknya serta isteri di majlis tersebut.
“Hari ni konvo anakku Norfareshah tahniah.
“Papa dulu belajar sampai ……sampai sampaikanlah salam je…” tulisnya berseloroh.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah” – Anak Mr Os kini bergelar doktor
Rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah kepada Salih dan anaknya.
Namun tidak kurang juga yang mengusik dan terpikat dengan kecantikan wajah anak perempuannya itu.
Terdahulu, Salih pernah berkahwin dengan empat orang isteri namun jodohnya bersama isteri kedua tidak berpanjangan dan berpisah pada tahun 2016.