Pegang Kaabah ketika tawaf & tak tahu batal, lepas 8 tahun baru bapa sedar pernikahan 3 anak perempuan tak sah.
Ada sebahagian dari kita, mungkin tidak bersungguh mengikuti kursus umrah dan lebih senang membacanya di media sosial sahaja. Begitu juga kita pernah digemparkan dengan kes pengkid memakai ihram ketika melakukan umrah yang mana kesnya membuatkan ramai yang kesal.
Pegang Kaabah Ketika Tawaf & Tak Tahu Batal
Namun kerana kurang mengambil tahu, seorang bapa akhirnya menyesal kerana selepas lapan tahun balik dari Tanah Suci bahawa pernikahan tiga anak perempuannya tidak sah kerana tawafnya sudah terbatal kerana memegang Kaabah tiga kali dan tetap meneruskan tawafnya tanpa menyedari ianya telah terbatal
Kisah ini dikongsikan oleh @rambutjelita di Tik Toknya dan jelas ia cukup mengejutkan ramai orang yang mungkin tidak pernah mendengar hal ini.
@rambutjelitaLarangan Ketika Melakukan Umrah . 1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita. 2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan. 3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu. 4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya. 7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram. 8. Nikah atau menikahkan. 9. Bersetubuh. 10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).
Lepas 8 Tahun Baru Bapa Sedar Pernikahan 3 Anak Perempuan Tak Sah
Untuk info perbuatan menyentuh Kaabah ketika tawaf tidak membatalkan tawaf dilakukan secara mutlak. Namun jika dia meneruskan tawaf setelah menyentuh Kaabah atau seumpamanya tanpa kembali di posisi asal ketika sentuhan berlaku, maka pusingan tawaf itu sahaja yang tidak sah dan perlu diulangi. Mereka yang di dalam larangan umrah tidak boleh berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.
Dalam perkongsiannya, @rambutjelita berkata, seorang jemaah meluahkan rasa kesalnya kerana kealpaannya membawa padah kepada pernikahan dan perkahwinan anak-anaknya. Dan kerana tidak tahu dan tidak menghadirkan diri mengikuti kursus umrah, dirinya telah memegang Kaabah sebanyak tiga kali ketika dalam tawaf tanpa sedar ia membatalkan tawafnya. Walau sudah balik ke Malaysia lapan tahun, ternyata umrahnya tidak selesai lagi. Ia hanya disedari selepas mengikuti kursus berkaitan ke tanah suci.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rezeki Pakcik Grab, Dapat Kereta Baru Dari Isteri YouTuber & Bakal Tunai Umrah Ditaja MB Selangor
Risau TREND Orang Pergi UMRAH Sekarang, Sekadar Nak Buat ‘Content’ Promosi Produk!
Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Ketika Tunai Umrah Bersama Keluarga, Bertuahnya Anak Syurga
Dalam pada itu, menurut page Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah.
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345).
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:
صَلِّي فِي الْحِجْرِ إِذَا أَرَدْتِ دُخُولَ الْبَيْتِ فَإِنَّمَا هُوَ قِطْعَةٌ مِنَ الْبَيْتِ
Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah). Riwayat Abu Daud (2028)
Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88).
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.