Ramai yang tertarik dengan bisnes pakaian dan fesyen. Buktinya lihat sahaja dengan keterlibatan ramai usahawan yang menjual produk pakaian. Di mana-mana ada orang yang berniaga pakaian atau fesyen tidak kira secara offline mahupun di premis perniagaan tersendiri.
Tidak kurang juga ada berniaga dengan menggunakan jenama sendiri ataupun secara vendor, stokis, dropship ataupun ejen. Namun, bisnes fesyen pakaian ini kebiasaanya tidak kekal lama.
Salah satu cara untuk memastikan bisnes fesyen pakaian anda kekal evergreen adalah dengan pemilihan gambar dan design yang tepat. Jom kita ketahuinya.
1. Pelbagaikan Pilihan Bisnes Pakaian
.
Pertamanya ketika mengambil gambar variasikan pilihan terhadap model dan warna pakaian anda. Jangan terikat hanya pada kuantiti tertentu sahaja. Sebenarnya lebih banyak pilihan yang anda beri adalah lebih baik kerana ia akan menarik minat pelanggan. Pilihan yang banyak akan buat mereka rambang mata tetapi teruja untuk membeli.
Contohnya jika sesuatu pakaian itu dikeluarkan dalam beberapa model tertentu tunjukkan kesemuanya pada pelanggan. Begitu juga dengan warna. Jika ada lima warna tonjolkan kesemua lima warna. Mungkin pelanggan tidak suka pada warna satu tetapi mereka tertarik pada warna yang ketiga. Kemungkinan itu sentiasa ada.
2. Perincikan USP
Setiap fesyen pakaian yang dihasilkan pasti ada keunikan yang tersendiri. Oleh itu gunakan peluang ini untuk tunjukkan kepada pelanggan apa istimewanya pakaian yang anda jual berbanding pesaing lain.
Caranya anda boleh mengambil gambar secara zoom in untuk mendapatkan suatu posisi yang menunjukkan produk pakaian anda secara lebih detail (terperinci). Gambar yang lebih jelas tentang detail ini akan mempersembahkan kepada pelanggan USP yang anda ada. Contohnya zoom in kan jenis aksesori tambahan pada pakaian anda contohnya manik atau lace. Pasti pelanggan lebih tertarik.
3. Penggunaan Model
Model adalah mereka yang menggayakan produk anda. Untuk produk pakaian teramatlah penting penggunaan model kerana ia bakal menjadi daya tarikan. Siapa model yang anda pilih juga turut penting.
Model yang memperagakan bisnes pakaian anda mestilah bersesuaian dengan produk pakaian anda. Sebagai contoh ambil model yang bertubuh besar untuk pakaian yang plus size. Ia bukan sahaja sesuai sebaliknya turut menunjukkan contoh yang tepat kepada audien pelanggan.
4. Penggunaan Latar Belakang
Paling penting ketika mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan pakaian ialah hindari penggunaan background (latar belakang) bewarna putih. Untuk pengambilan gambar secara indoor disarankan untuk elak latar belakang bewarna putih kerana ia akan kelihatan suram kerana media sosial seperti Facebook dan Instagram turut menggunakan latar belakang putih. Apabila disatukan pasti tiada seri warna.
Untuk bisnes niche pakaian dan fesyen ini menggunakan pengambilan gambar secara outdoor atau di luar. Pemandangan dan scenery yang menarik akan menambahkan lagi keistimewaan pada fesyen dan pakaian anda.
Bisnes fesyen dan pakaian adalah satu cabang bisnes yang berpotensi jauh untuk dikembangkan. Dengan cara yang betul pasti bisnes pakaian atau fesyen bukan sahaja kekal lama bahkan diperlukan sepanjang zaman.