SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat sering digemparkan dengan berita sindiket penipuan seperti ‘Macau Scam’ yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit hanya menerusi penggunaan telefon bimbit.
Kes penipuan menerusi telefon atau scam kini semakin menjadi-jadi menggunakan dengan modus operandi yang semakin ‘kreatif’ seperti menyamar sebagai pihak berkuasa seperti anggota polis dan pegawai bank.
Beberapa aplikasi telah diwujudkan untuk mengesan dan menapis nombor panggilan yang digunakan oleh sindiket penipuan berdasarkan pangkalan datanya.
BACA: Wahai iPhone ‘users’, kenapa ramai masih tidak tahu fungsi ‘lubang misteri’ ini!
BACA: Penuntut, suri rumah dan pesara mangsa mudah ‘akaun keldai’
Namun, ada satu lagi cara yang lebih mudah, iaitu menerusi ciri tidak diganggu atau Do Not Disturb.
Berikut adalah langkah asas untuk mengaktifkan ciri Do Not Disturb bagi iPhone dan Android:
Untuk pengguna iPhone: Buka ‘Settings’, lalu tekan ‘Do Not Disturb’. Kemudian, pilih ‘Allow Calls From’ dan seterusnya ‘All Contacts’.
Untuk pengguna Android (9 Pie): Buka ‘Sound’ dan pilih ‘Do Not Disturb’. Sama seperti iPhone, pengecualian seperti ‘All Contacts’ turut boleh dipilih.
Peringatan: Langkah ini akan menghalang semua panggilan tidak diingini termasuk panggilan tidak dijangka atau panggilan yang tiada niat untuk tidak mahu diterima. Notifikasi juga dihalang.
Terdapat beberapa cara untuk memilih tetapan yang lebih terperinci dan khusus, seperti di gambar tertera ini.