Adakah anda mahu meningkatkan penjenamaan di laman sosial anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya?
Kandungan visual yang nampak professional mungkin akan dapat membantu.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kandungan visual lebih memberi impak berbanding kandungan secara tekstual. Satu kajian yang dijalankan oleh Chute dan Digiday menyatakan bahawa kandungan visual lebih berkesan 4.4 kali ganda lebih baik berbanding tulisan.
Kenyataan ini ada logiknya tersendiri kerana manusia menggunakan laman sosial sebagai saluran komunikasi dan hiburan, jadi sudah pasti mereka tidak akan menghabiskan banyak masa untuk membaca artikel yang panjang dan membosankan tentang produk atau servis yang anda tawarkan.
Namun persoalannya, bagaimana cara yang efektif untuk membina kandungan visual yang baik?
Di internet terdapat banyak platform yang dapat membantu membina kandungan visual yang professional dengan harga pelaburan yang rendah, serta tidak sukar untuk dipelajari. Di sini saya sertakan beberapa contoh yang saya gunakan :
1. Canva
Salah satu platform yang saya gunakan untuk membina kandungan visual yang menarik adalah Canva. Canva memudahkan proses rekaan kandungan visual yang lebih ke arah bisnes. Ianya sangat mudah serta menawarkan pelbagai template yang menarik untuk dipilih. Setiap template diperincikan dengan baik dan sesuai dengan pelbagai pilihan – grafik laman sosial, grafik untuk blog, poster, kad bisnes, grafik info dan lain-lain.
Setiap template juga diperincikan mengikut laman sosial itu sendiri. Sebagai contoh Facebook, disediakan template yang berbeza untuk posting, aplikasi, cover aturcara, dan juga iklan. Ini dapat membantu anda untuk mereka grafik yang sesuai untuk produk tanpa perlu mengubah-suai tambahan lagi.
Canva juga menawarkan banyak pilihan untuk layout yang berbayar dan percuma. Anda boleh mengubah-suai gambar latar belakang dan teks dengan mudah, sesuai dengan keperluan produk atau jenama anda.
Walaupun elemen-elemen dalam Canva boleh digunakan secara percuma, namun kebanyakkan gambar yang anda lihat adalah Premium, yang mana memerlukan anda membayar USD 1 untuk setiap gambar yang anda muat turun. Namun anda juga boleh muat naik gambar sendiri, grafik atau gambar yang sedia ada dalam Facebook, jadi anda tetap tidak perlu risau dengan elemen yang berbayar.
2. GIFMaker
GIFs adalah salah satu cara yang terbaik untuk membina kandungan visual berkonsep humor untuk laman sosial. Sebahagian gambar akan nampak lebih menghiburkan apabila direka menggunakan GIFs. Sebagaimana Canva, GIFMaker adalah mudah untuk digunakan. Hanya perlu muat naik gambar-gambar yang anda inginkan dan strukturkan mengikut cara yang anda inginkan.
GIFMaker menyediakan pelbagai pilihan dalam mereka grafik yang menakjubkan seperti saiz gambar, kelajuan dan pengulangan pergerakan animasi. Anda juga boleh menambah muzik ke dalam GIFs dengan meletakkan URL Youtube. Jika anda mempunyai gambar-gambar yang menarik untuk ditukar dalam bentuk GIF, kenapa tidak anda mencuba GIFMaker.
3. Eezygram
Salah satu platform rekaan kandungan visual “semua-dalam-satu” yang terkini ialah Eezygram. Aplikasi ini boleh mereka posting yang menarik melalui komputer dengan memasukkan emoji dan meletakkan caption pada gambar seperti aplikasi di dalam smartphone.
Tambahan pula, anda sebagai pengguna boleh memuat naik gambar dari dalam komputer atau mengubah suai dari 100 template yang telah siap, 700 ratus jenis tulisan (font) dan 150 rekaan berwarna dengan Eezygram.
Fungsi pengubah suai untuk gambar juga membolehkan anda untuk zoom in dan zoom out, selaraskan untuk top-middle-bottom dan juga pilihan ‘outside canvas’ untuk tidak memilih objek.
Dan apa yang best tentang Eezygram ialah ia juga membantu pengguna untuk mereka grafik yang professional dan post ke dalam Instagram hanya dengan satu klik. Eezygram mengandungi ratusan template yang boleh diubahsuai dan dijadikan posting secara berjadual (scheduled postings). Dengan cara ini pengguna boleh menguruskan beberapa akaun Instagram mereka dengan mudah sekali.
Jika Canva yang premium berharga ialah USD 12.95 sebulan untuk seseorang pengguna, Eezygram (ketika dalam bulan pelancaran) ini hanyalah berharga USD 14.70 utk setahun!!!.
Jadi sekarang anda telah tahu bahawa kandungan visual sangat penting di media sosial. Mulakan sekarang untuk mereka kandungan visual yang memberi impak agar mendapat tarikan (engagement dan viral) lebih baik di kalangan pengikut anda. Senarai aplikasi di atas amat mudah untuk digunakan untuk mereka kandungan visual seperti grafik untuk penjenamaan, grafik info, GIFs, gambar ubah suai yang nampak lebih professional dengan harga yang mampu milik.
Sebenarnya, saya menggunakan Eezygram untuk membuat kandungan visual ini di laman sosial.
Selamat mencuba.