oleh Team Richworks pada 13 January 2018
Bangkok, 4-9 Januari 2018 – Pagi bertemu pagi, tak sedar dah selesai 6 hari ahli Titanium dicoach secara intensif di Titans Summit Bangkok. Segalanya penuh manfaat, keseronokan dan juga kejutan manis. Dan sepanjang 6 hari itulah Team Richworks turut bertungkus lumus memastikan kelancaran persidangan di sana dan juga Live untuk yang ada di Malaysia. Demi manfaat orang lain, apa pun sanggup dilaksanakan.
Titans Summit kali ini diadakan di Bangkok di mana ahli Titanium Circle berkumpul untuk sesi mentoring dan coaching intensif bersama Dr Azizan Osman setiap 4 bulan. Sesi menjerung dan dijerung bermula pada 4 Januari 2018. Permulaan tahun baru dengan aura yang terbaik, InsyaAllah sepanjang perjalanan kelak akan berjalan dengan hebat. Sesi Live dari Conrad Hotel Bangkok khas turut dipancarkan untuk tontonan anda di Malaysia, mahupun di mana sahaja yang mahukan ilmu dan lebih ilmu. Ada banyak temubual bersama #AnakDidikDrAzizan yang telah dibawakan kepada tontonan umum dan pastilah banyak perkongsian ilmu dan inspirasi yang boleh didapati hasil dari itu. Kesemua sesi Live disiarkan di Facebook Group Khas – Nak Ubah Hidup.
Seterang mentari menyinari bumi Bangkok, sama juga dengan semangat semua Titans yang hadir ke Conrad Hotel untuk Titan Summit Bangkok 2018!
“Setiap company yang besar, asalnya bermula dari sebuah syarikat kecil. Contohnya Avon, Coca Cola, Nike dan banyak lagi, semuanya dulu hanya kedai atau bisnes biasa. Tapi, mereka terus berkembang. Seperti anda juga, sebab anda nak grow, sebab anda tak nak stuck dalam bisnes, sebab tu anda ada di Bangkok, pagi ni sehingga 7 Januari nanti…”
Dr Azizan Osman membuka Titan Summit Bangkok 2018 dengan penuh bersemangat dengan ilmu tentang kenapa ahli Titanium perlu kembangkan bisnes mereka dari pelbagai sudut. Kata beliau lagi ‘Growth Mindset’ adalah kunci penting dalam bisnes. Jika ini tiada, sukar bagi usahawan dan bisnes itu sendiri nak berkembang maju. Bila mindset tersekat, benda lain yang akan muncul, contohnya, masalah bisnes. Malah, jika bisnes tak berkembang, anda takkan dapat tingkatkan manfaat yang nak diberi kepada orang lain.
Sesi pagi hari pertama panas dengan aksi Muay Thai. Muay Thai adalah sejenis seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand yang melibatkan 8 anggota badan atau 8 point penting. Dan Muay Thai memerlukan persediaan fizikal dan mental serta fokus yang tinggi jika tak mahu tumbang awal.
Konsep ini sama dengan bisnes. Lemah longlai, tak fokus, tak ada semangat, dan energi akan menyebabkan bisnes mudah lingkup. Analogi demi analogi, supaya mudah untuk para Titanium faham dan hubungkaitkan dengan kehidupan dan perniagaan mereka.
Siapa sebenarnya Titanium? Mereka ada yang terdiri dari individu yang asalnya tiada langsung bisnes atau hanya membuat bisnes secara kecil-kecilan, namun selepas menyertai Program Richworks, mereka mampu membina bisnes yang bantu mereka tingkatkan tahap kehidupan dan kewangan. Mereka dahulunya hanya orang biasa-biasa sahaja, sama seperti anda.
Hari pertama pembukaan #TitanSummitBangkok2018 terisi bersama lebih 200 usahawan yang jumlah jualan mereka semua berjumlah hampir RM900 juta untuk tahun 2017 dan ini buat mentor kesayangan mereka tak senang duduk. Terus kongsi, kongsi dan kongsi lagi bermula 9 pagi sampai 2.30 petang tanpa henti dan bersambung lagi hingga ke 2.30 pagi! Sebab apa? Sebab beliau sangat mengambil berat akan usahawan yang masih tiada kesedaran tentang sustainability syarikat dan bisnes mereka. Baginya, pembinaan bisnes sama seperti nak bermain dalam sukan. Jika setakat mahu juara kampung, ia tak susah. Tapi jika mahu juara dunia, komitmen dan strategi amat berbeza.
Selesai hari pertama dengan Growth Mindset, Agility dan Scalability. Apa maknanya, itu anda perlu tonton dalam sesi Live showcase di FB group khas Nak Ubah Hidup. Antara tetamu khas yang diundang untuk sesi Live ialah, Tuan Eddie Asuan yang telah sertai program Richworks sejak dari zaman program Klinik Usahawan dan hingga kini beliau sudahpun ada jenama sendiri.
Keadaan di Bangkok agak berbeza dengan Malaysia yang bersuhu lebih tinggi. Suhu waktu malam boleh mencecah hingga serendah 21°C. Tapi apa yang pelik, Ballroom Conrad Hotel, Bangkok, suasananya sentiasa panas dan terbakar di mana-mana.
Sesi malam di hari pertama #TitanSummitBangkok2018 dipenuhi dengan perkongsian ‘Wins’ dan kisah kejayaan #AnakDidikDrAzizan sepanjang tahun 2017. Ada yang dah mampu hantar keluarga menunaikan umrah, sedangkan sebelum ni tak pernah termimpi nak hantar keluarga ke sana. Ada yang dah belikan rumah untuk ibu bapa, yang sebelum ni tinggal di rumah biasa-biasa. Ada yang dah mampu bayar hutang PTPTN, hutang kredit kad selepas mereka mula berniaga dengan ilmu yang mereka dapat setelah hadir ke Program Richworks dan bermentorkan Dr Azizan Osman. Syukur Alhamdulillah.
Inilah antara sebab kami di Richworks sanggup buat lebih lagi, asbab setiap kali dengar kisah peningkatan tahap hidup dan tahap kejayaan mereka, kami rasa kami mampu nak bantu lebih ramai orang lain yang mahu tingkatkan kehidupan. Antara perkongsian yang paling terbakar yang kami dengar malam pertama ini ialah dari Tuan Syed Ahmad Syed Salim, yang sebelum ni seorang student ACCA, dan menjalankan busines gajet, baru berusia 20 tahun tapi dah buat jualan lebih dari 6 angka setahun! Baru berumur 20 tahun!
Ada orang mungkin kata, mereka ni semua jutawan sekelip mata. Mudah naik, mudahlah rebahnya. Biasalah, ayat-ayat orang kecewa memang bunyinya begitu. Hakikatnya, anak didik Dr Azizan pelik sikit perangainya. Mereka jenis tekun berusaha, mereka sedar diri mereka tiada apa-apa, hutang masih di keliling pinggang, masih belum balas jasa ibu bapa, banyak kebengangan dalam diri dan inilah yang jadikan mereka sanggup cari jalan untuk cari ilmu, dan berusaha lebih deras.
Ketika orang lain masih bertangguh-tangguh nak cari ilmu, tapi mereka #AnakDidikDrAzizan ini dah mulakan tindakan setahun lalu dan Alhamdulillah, dah mula dapat hasilnya. Anda mungkin rasa tak percaya, atau rasa, “Dia boleh lah. Aku ni siapa?” Semuanya terpulang kepada anda. Kami masih ada di sini, untuk bantu sesiapa yang mahu dibantu meningkatkan tahap kehidupan dan kejayaan.
Buat bisnes tapi tiada pelanggan. Kalau ada pelanggan pun tak tahu macam mana nak jaga mereka dan nak jadikan mereka pelanggan tetap? Ada tak antara anda yang tengah pening lalat memikirkan bagaimana cara terbaik untuk pikat hati pelanggan? Awal-awal tahun ni mesti ramai yang sedang rancang strategi apa yang nak dibuat untuk tarik perhatian pelanggan kan? Anda tahu atau tidak bahawa tarik perhatian saja belum cukup?Pesaing anda pun boleh tarik perhatian pelanggan yang sama. Apa yang penting ialah bagaimana nak pikat hati mereka dan buatkan mereka jatuh cinta serta tergila-gila pada perniagaan, produk atau servis anda.
Ini antara topik yang Dr Azizan Osman kongsikan secara mendalam di #TitanSummitBangkok2018 pagi hari kedua di mana Dr Azizan Osman sudi untuk kongsikan bagaimana cara mahu “WOW” kan pelanggan.
“Ramai peniaga tak rangka dan cipta apa nilai yang nak diberikan kepada pelanggan.” Itu kata Dr Azizan. Nilai itu maksudnya apa? Nilai bukan setakat barang atau produk atau perkhidmatan yang mereka beli dari anda tapi ianya lebih dari itu, perkara yang anda buat untuk buatkan mereka rasa dihargai dan pengalaman yang takkan dilupakan bila mereka berurusan dengan anda. Kesilapan ramai peniaga ialah keluarkan belanja yang banyak untuk buat pelanggan nampak perniagaan dan untuk jadikan mereka pelanggan anda tapi tak tahu bagaimana nak “simpan” mereka hingga menyebabkan anda sentiasa kena cari pelanggan baru.
Ada banyak perkara yang Dr Azizan Osman kongsikan dalam sesi pagi hari kedua ini termasuklah 7 Strata of Branding & Marketing Strategy.
Di Bangkok ini juga, Titanium yang hadir berpeluang menyaksikan persembahan alat muzik tradisional Thailand sebagai reward kepada #AnakDidikDrAzizan setelah puas dijerung. Usai selingan, mereka akan kembali kongsi kejayaan dan roadblocks yang mereka hadapi dan mentor mereka Dr Azizan Osman akan bantu berikan cadangan, cara, strategi, ilmu untuk bantu mereka selesaikan masalah. Nak jadi usahawan berjaya bukan setakat nak pandai buat bisnes, tapi kena fit. Dari segi kesihatan, masa, perhubungan dan lain-lain.
Tak guna juga kalau ada duit berkepuk tapi tak jaga kesihatan, kebahagiaan tak ada, hubungan dengan Allah dan orang sekeliling semua tunggang langgang, bukan? Itulah pesanan keramat Dr Azizan. Beliau mahu anak didiknya sentiasa beri lebih dari 100% komitmen dari segi komitmen, masa, fokus, tindakan dan results.
Hari ketiga diisi dengan persoalan mengenai adakah bisnes anda scalable? Mungkin ini perkataan baru bagi sesetengah peniaga – SCALABILITY. Maksudnya ialah bagaimana usahawan boleh besarkan perniagaan mereka tanpa mereka perlu ada 100% di dalam bisnes. Untuk jadikan bisnes anda scalable, ianya bermula dengan teknik pemasaran yang berkesan. Marketing yang berkesan akan gandakan jualan anda bukan setakat sekali dua ganda atau bukan setakat mampu buat jualan tinggi secara bermusim, tapi kemampuan buat jualan yang meningkat minima 5 kali ganda atau kemampuan buat jualan tak kira musim. Untuk jadi scalable, ada 3 perkara penting yang anda perlu perhatikan -Leadership, Sistem dan Agility.
Masalahnya ramai peniaga yang tak faham perkara seperti ini dan tak nampak bagaimana bisnes mereka boleh pergi lebih jauh sebab mereka tak ada matlamat yang jelas. Model bisnes pun mereka tak ada.
Seterusnya, di #TitanSummitBangkok2018 juga kami bawakan 2 tetamu khas yang mana salah seorang darinya menguruskan pelabur bernilai billion dollar dan seorang lagi yang membina perniagaan bernilai billion dollar dan telahpun selamat menjual bisnes tersebut.
Kami lakukan semua ini sebagai satu pendedahan kepada para usahawan supaya mempunyai pemikiran global dan bukan setakat mahu berniaga di kawasan sendiri sahaja. Bila kita melangkah lebih jauh, kita akan melihat lebih banyak peluang dengan sumber yang lebih besar. Mentor Dr Azizan Osman turut berkongsi 15 “T” untuk Transformasi Hidup. Antaranya, tanya diri anda mana halatuju, tetapkan matlamat dan betulkan niat serta buat tindakan berani dan luar biasa.
Tamat sesi bersama Titanium Circle, mentor Dr Azizan Osman beralih pula ke sesi bersama Titan Premier di Athene Hotel, Bangkok. Bermula 8-9 Januari 2018, sesi eksklusif coaching bersama ahli Titanium Premier yang antaranya terdiri dari pengasas jenama terkenal seperti Nurraysa Beauty, Dnars, Momentum Internet dan Bantal Hotel DAG.
Antara kelebihan ekstra bila jadi ahli Titanium ialah mereka ada peluang luas untuk dapatkan pelabur. Kami akan memimpin mereka melangkah lebih jauh ke depan dan menjadikan bisnes mereka berada pada tahap global. Sama ada mencari pelabur yang akan memberi dana dan janaan pada bisnes, mahupun pelabur yang akan membeli perniagaan anda, kami sentiasa bantu mereka.
Kenapa mahu pelabur? Supaya bisnes anda boleh berkembang lagi pantas, hebat hingga pada saatnya anda boleh mengisytiharkan untuk retire young retire rich – itulah matlamat utama perniagaan sebenar.
Detik masa yang berjalan terasa seperti terlalu laju melangkah. Malam yang mengiktiraf semua usahawan-usahawan Titanium yang berjaya mencapai peningkatan tertinggi untuk tahun 2017 akhirnya tiba. Malam Gala ini dianjurkan khas untuk mengiktiraf dan menghargai kerja keras, usaha dan kejayaan-kejayaan #AnakDidik Mentor Dr Azizan Osman. Malam ini menyaksikan 16 buah anugerah disampaikan kepada lebih 20 orang penerima yang terbaik.
Titan yang menerima anugerah membawa pulang sebuah trofi khas bercirikan bola kristal keemasan sebagai tanda pengiktirafan.
Titans Summit Bangkok kali ini penuh warna, lebih berbisa dan pastinya lebih mengujakan buat Titanium semua. Semoga apa yang terbaik dapat dikutip sebagai pengalaman dan yang buruk dijadikan sempadan. Tahniah sekali lagi buat para Titanium dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Hingga berjumpa lagi di Titans Summit dan Inner Circle Meeting (ICM) seterusnya.