PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump memarahi isterinya Melania Trump kerana jaket yang dipakainya.
Melania memakai jaket yang tertulis “I don’t really care, do you?” di bahagian belakangnya ketika di lapangan terbang selepas menziarahi kanak-kanak warga asing di Texas.
Menurut sumber, Melania dengan sengaja memakai jaket itu untuk memalukan suaminya dan sebagai tanda protes terhadap kempen “Be Best” yang dilancarkan presiden itu.
Namun, apabila disoal Donald mengenai jaket tersebut, Melania hanya menyatakan bahawa dia tidak menyedari ayat yang tertulis di bahagian belakang jaket tersebut ketika menyarungkannya.
Walaupun secara umum, tindakan Melania tersebut dikatakan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada suaminya.
Namun begitu, jurucakapnya tetap menegaskan bahawa tiada maksud yang tersirat di sebalik pemakaian jaket tersebut.
Teks: Asraf Aided
Sumber: hollywoodlife.com