Analisis Pareto merupakan kaedah yang paling sering digunakan dalam menganalisis data. Rajah Pareto yang dihasilkan akan menggambarkan sebab-sebab utama yang menjadi punca kepada sesuatu masalah. Rajah Pareto dihasilkan berdasarkan Prinsip Pareto yang juga dikenali sebagai Prinsip 80/20. Prinsip ini membawa maksud bahawa sebilangan kecil aktiviti biasanya menyebabkan banyak masalah. Contohnya 80% daripada pelanggan kelainan timbul daripada 20% produk masalah.
Rajah Pareto adalah sejenis grafik yang menunjukkan data yang disusun mengikut tertib susunan kepentingan secara menurun. Butiran yang terletak paling tinggi menunjukkan sebab yang utama dan diikuti oleh sebab lain. Fokus akan kemudiannya diberikan untuk mencari punca penyelesaian untuk sebab-sebab yang utama.
Dengan menggunakan Rajah Pareto, seseorang itu juga boleh membuat perbandingan masalah yang dihadapi sebelum dan selepas perbuatan tindakan diambil.
Sejarah Terhasilnya Prinsip Pareto
Prinsip Pareto atau juga dikenali sebagai Prinsip 80/20 diasaskan oleh Vilfredo Pareto pada tahun 1906. Vilfredo Pareto merupakan ahli sosiologi, falsafah dan pakar ekonomi Itali. Beliau telah banyak memberikan sumbangan kepada ekonomi negara Itali, terutamanya dalam kajian pendapatan pengagihan dan dalam analisis individu pilihan.
Berbalik kepada Prinsip Pareto, prinsip yang lahir berdasarkan formula matematik ini dibuat untuk menggambarkan penyebaran kekayaan yang tidak sama rata di negara Itali ketika itu. Vilfredo Pareto telah membuat beberapa pengamatan mengenai hartanah di Itali dan mendapati bahawa 80% daripada tanah di negara itu dimiliki oleh hanya 20% penduduk di situ. Pemerhatian ini disokong oleh taraf hidup masyarakat Itali sendiri. Penduduk yang berpendapatan tinggi atau yang mempunyai semangat kerja yang kuat sahaja boleh memiliki tanah dan oleh kerana tenaga tenaga manusia yang terbatas adalah hanya 80% tanah saja yang berjaya dijokai.
Pareto juga mendapati prinsip yang sama berulang ketika dia menanam kacang pea dalam pasu di laman rumahnya. Beliau mendapati hanya 80% kacang pea yang berjaya hidup. Andaiannya, hal ini mungkin terjadi akibat kekurangan baja pada semaian pokok kacang itu, serangan serangga perosak atau dipengaruhi oleh faktor cuaca.
Secara umumnya Prinsip Pareto ini adalah satu pengamatan, bukan undang-undang. Prinsip Pareto ini juga sebenarnya mudah dijumpai dalam kehidupan seharian kita. Bagi setiap peristiwa yang berlaku pastinya ada usaha, sebab dan akibat. 80% daripada usaha menyebabkan berlakulah 20% kejadian. Ada kalanya, kerana 20% sebab maka terjadilah 80% akibat.
Contoh-contoh Prinsip Pareto dalam kehidupan kita adalah seperti berikut: –
- 20% kemalangan jalan raya berlaku akibat 80% pemandu yang lalai
- 20% kemalangan jalan raya berlaku akibat 80% pemandunya sedang mabuk
- 20% kemalangan jalan raya berlaku akibat dari 80% keadaan jalan raya yang tiada atau kurang diselenggarakan
Secara umum kita mengetahui bahawa tidak ada perkara dalam hidup yang boleh diagihkan secara sama rata. Kita juga tahu bahawa kemungkinan untuk kita berada dalam satu keadaan 50% -50% adalah sangat sukar. Kita tidak mungkin mahu melakukan perkara yang mengambil 50% dari usaha kita hanya untuk mendapatkan 50% kepuasan. Begitu juga sebaliknya, walaupun kita sering mengimpikan sesuatu yang ajaib, kita tidak akan mendapat 100% kejayaan tanpa melakukan sebarang usaha.
Prinsip Pareto – Prinsip yang boleh diaplikasikan dalam Perniagaan
Disebabkan oleh keberkesanan Prinsip Pareto ini, ia telah dijadikan sebagai dasar dalam merancang ekonomi sesebuah negara. Terdapat banyak negara yang menggunakan prinsip ini dalam mengolah data dan mencari keputusan mengenai langkah-langkah yang akan dirangka dalam meningkatkan ekonomi negara. Prinsip Pareto juga merupakan salah satu prinsip yang boleh digunakan dalam perniagaan dunia. Seorang usahawan, peruncit atau pengusaha boleh menggunakan prinsip ini untuk mencari jawaban kepada masalah yang terdapat dalam perniagaan mereka. Mencari nisbah 80/20 adalah penting bagi peniaga memaksimumkan prestasi perniagaan mereka.
Semestinya seorang peniaga mempunyai banyak barang dalam kedainya untuk dijual kepada pelanggan. Dengan menggunakan Prinsip Pareto ini, bagaimana peniaga dapat mengenal pasti 20% barangan yang disukai ramai, yang menyumbang kepada 80% jumlah jualan barangan di dalamnya?
Pertama-tama, apa yang boleh dilakukan oleh peruncit ini adalah dengan membuat senarai jenis barangan yang telah dijual. Dalam senarai ini, peruncit perlu meletakkan barangan tersebut mengikut urutan. Jumlah jualan yang paling banyak diletakkan di bahagian atas dan jumlah jualan yang paling kecil diletakkan di bawah sekali. Ini boleh dilakukan berdasarkan jumlah kuantiti barang atau jumlah jualan untuk setiap barang tersebut. Kemudian, peruncit perlu mengumpulkan 20% jenis barangan yang teratas dan bandingkan dengan jumlah jualan untuk masa yang sama. Adakah ia menyamai 80% daripada jumlah jualan barangan di dalamnya? Setelah mengetahui jenis barang yang disukai ramai yang tersenarai dalam 20% teratas, peruncit harus lebih berhati-hati menjaga stok barangan tersebut agar tidak kehabisan stok.
Ini pula peraturan biasa dalam perniagaan “80% dari penjualan anda datang dari 20% pelanggan-pelanggan anda”
Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk peruncit itu dapat memperbaiki khidmat pelanggannya dan mengenal pasti 20 peratus pelanggan yang setia yang telah membawa kepada 80% jumlah jualan produk di kedainya? Melalui prinsip ini peruncit boleh mengenal pasti pelanggan yang paling banyak membuat transaksi dengannya dengan membuat senarai pelanggan tetap yang sering mengunjungi kedai menurut jumlah penjualan produk. Buat pelanggan yang paling banyak membeli sehingga yang paling kurang. Turutan ini boleh berdasarkan jumlah transaksi atau jumlah jualan. Daripada hasil tersebut peruncit perlu menyenaraikan 20% pelanggan teratas. Adakah benar pelanggan ini yang menyumbang 80% jualan?
Melalui senarai itu, pengusaha akan dapat mengenal pasti pelanggan mana yang harus diberi layanan khusus agar pelanggan tidak lari ke pengusaha lain. Seharusnya bila telah mendapat layanan yang baik, pelanggan tadi akan berpuas hati dan membuat lebih banyak transaksi di masa depan.
Penggunaan Rajah Pareto adalah mustahak kerana dengan meneliti rajah yang dihasilkan, seseorang dapat mengetahui sebab-sebab utama kepada sesuatu masalah yang dihadapi. Di samping itu, dengan membuat perbandingan Rajah Pareto sebelum dan selepas tindakan pembetulan diambil, seseorang itu akan dapat mengesahkan ketepatan atau benarnya tindakan yang diambil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Dalam mengawal kualiti, Rajah Pareto selalunya merupakan sumber mengenal pasti punca utama kerosakan barangan dan sebab-sebab yang paling kerap untuk pelanggan membuat tuntutan terhadap barangan.
Dengan menggunakan Prinsip Pareto, mana-mana perniagaan kini mempunyai kaedah yang mudah dalam meningkatkan kualiti perniagaan dan keuntungan dengan memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih penting dan mengabaikan, mengautomasikan atau menghapuskan perkara yang tidak penting.
Kesimpulan
Pengiraan dalam Prinsip Pareto adalah fleksibel, ia boleh berdasarkan jumlah jualan, jumlah barangan yang dijual, jumlah transaksi, jumlah margin bagi setiap barangan dan pelbagai lagi. Ia sama sekali tidak bergantung kepada sesuatu situasi atau peristiwa.
Begitu juga, keadaan Prinsip Pareto terdapat di sekitar kita dan bukan hanya boleh diterapkan khusus untuk bidang ekonomi dan perniagaan sahaja. Kita juga boleh bertemu dengan Prinsip
Pareto di kebanyakan keadaan, seumpama di bawah: –
- 80% pelanggan rungutan timbul daripada 20% kurangnya perkhidmatan
- 80% produk berkualiti meningkatkan 20% kepuasan pelanggan
- 80% kesungguhan usaha menyebabkan keuntungan 20%
- 20% kecuaian sistem mendatangkan masalah 80%
Penggunaan Prinsip Pareto dalam perniagaan anda mungkin bukan strategi yang terbaik. Walau bagaimanapun, Prinsip Pareto mengingatkan kita kembali tentang betapa pentingnya 20% dalam mana-mana keadaan, yang mana ia mungkin boleh menyumbang kepada lebih besar peratusan. Walaupun ia hanya sebagai pengamatan sahaja tetapi ia juga boleh diguna pakai dalam memperbaiki proses yang ada di sekeliling kita.