Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) akan mengadakan sebuah program bual bicara bertajuk ‘Menjalankan Perniagaan di China’ bagi mendekati para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutamanya golongan bumiputera yang berhasrat mengorak langkah memperluaskan rangkaian perniagaan ke negara China.
Program yang bakal berlangsung pada 15 Januari bertempat di Menara MATRADE itu nanti akan dihadiri oleh Presiden MCCC, Tan Yew Sing, sebagai tetamu utama manakala Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr. Shahreen Zainooreen Madros pula akan bertindak selaku panel yang akan mengendalikan program bual bicara tersebut.
Sebagai rakan media, NiagaTimes serta penerbitan Top10 mengalu-alukan penyertaan para usahawan bumiputera ke program bual bicara ‘Menjalankan Perniagaan di China’ secara jemputan eksklusif. Tempat duduk bagi peserta adalah terhad dan anda perlu mengesahkan kehadiran terlebih dahulu kepada pihak kami.
Untuk mendaftar, sila e-melkan maklumat anda kepada [email protected]