Shah Alam : Seorang remaja ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Bandar Puteri Klang, Shah Alam pada petang Khamis.
Menurut ketua Balai Bomba Taman Sri Andalas, A. Romzi Abu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Tan Wei Xiang, 12 tahun, dikatakan datang ke tasik berkenaan bersama dua lagi rakannya.
Bagaimanapun mangsa yang sedang bermain bersama rakannya itu dikatakan tergelincir akibat permukaan kawasan berkenaan yang licin akibat hujan sebelum terjatuh ke kawasan saluran air masuk ke tasik berkenaan.
Piahk Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 petang dan telah mengerahkan 13 anggota termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
Pasukan penyelamat mengambil masa hampir dua jam bagi mencari mangsa akibat keadaan dasar tasik yang berselut selain arus deras.
Mayat mangsa bagaimanapun ditemui kira-kira empat meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.