KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem diumum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman itu dilakukan menerusi laman rasmi Facebook PKR hari ini.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Serian itu sebelum ini bersama SUPP dan menjadi Ahli Parlimen bahagian itu selama enam penggal.
Beliau juga merupakan bekas Menteri Sumber Manusia sebelum Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihanraya Umum ke 14.
Dalam pada itu, usaha untuk menghubungi Presiden SUPP, Datuk Seri Sim Kui Hian dan Riot sendiri masih belum berjaya.