oleh Team Richworks pada 01 June 2018
1. Ini sesuatu yang saya terbaca beberapa hari lepas. Saya pun tak pasti ketepatan statistik ini tapi mengikut pengalaman saya mengendalikan beratus ribu peserta melatih dan membimbing mereka personally genap 10-tahun pada bulan Jun 2018 ini, saya hampir pasti ianya statistik yang tidak jauh dari kenyataan.
2. Melihat perubahan demi perubahan di sekeliling kita dari persada politik, ekonomi, trend industri, teknologi dan sosial semuanya berubah dengan pantas. Dah 10-tahun Richworks menjadi perintis dan pencetus revolusi kejayaan usahawan terutamanya di kalangan bangsa Melayu adalah sesuatu yang kami banggakan dan syukuri. Meninjau deretan-deretan billboard jenama-jenama produk atau perkhidmatan keluaran usahawan-usahawan Melayu yang samada lahir suci dari program-program kami atau melonjak naik selepas hadir ke mana-mana program latihan dan mentoring kami selama ini adalah perasaan bahagia yang sukar dibayangkan.
3. 10-tahun Richworks. Ia umpama lahir 10 tahun lalu sebagai bayi dan kini memasuki tahun 4 sekolah rendah. Alhamdulillah, ia sebuah perjalanan turun naik yang indah, berliku tetapi priceless.
4. Kita tidak akan tahu impak atau kesannya apa yang kita lakukan selain daripada selepas menerima maklumbalas dari orang lain. Minggu ini sahaja, 3 maklumbalas yang saya dapat dari “strangers” yang agak terkesan di hati saya.
5. Bayangkan seseorang yang baru dilantik menjadi Menteri di dalam kerajaan baru Malaysia mengundang saya ke pejabat beliau pada hari Isnin lepas untuk meminta saya terlibat di dalam kumpulan yang bakal berbincang dan memberikan cadangan tentang bagaimana saya boleh bantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk meningkatkan pendapatan mereka serta melonjakkan ekonomi industri keusahawanan di Malaysia.
6. Undangan ini bukanlah sesuatu yang saya jangkakan, tapi ia satu usaha yang sangat saya hargai kerana kerajaan baru sangat prihatin tentang pembangunan industri keusahawanan di Malaysia. Dari dulu hingga sekarang, kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif dan usaha kerajaan yang sejajar dengan misi kami untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan wealth creation bagi memastikan penguasaan ekonomi rakyat dan bangsa saya dapat dicapai.
7. Kami pernah terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan sebelum ini. Dan saya pernah dimaklumkan oleh orang penting di dalam ahli mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi kerajaan berkaitan keusahawanan di mana mereka selalu menjadikan saya dan Richworks sebagai contoh kerana hasil kejayaan kami di dalam melahirkan berpuluh ribu usahawan Melayu yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi dan pinjaman pada awal memulakan bisnes. Alhamdulillah hasilnya saya lihat, mereka lebih bergiat berusaha untuk membantu usahawan dengan segala jenis pinjaman yang ada, cuma bagi saya, suntikan pinjaman dan modal tanpa disertai dengan ilmu bisnes yang benar-benar proven success hanya akan merosakkan usahawan itu sendiri. Ibarat kita beri anak kita duit sejak kecil sehingga dia dewasa dan mereka boleh pinjam duit dari kita bila-bila mereka nak, tetapi kita tidak berikan mereka the real business & marketing knowledge untuk mereka bina bisnes mereka dengan sebenar.
8. Pendekatan melalui penerapan pemikiran keusahawanan dan penyemaian budaya keusahawanan menerusi platform pendidikan adalah penting untuk tingkatkan minat usahawan dan untuk bantu mereka dalam menghadapi cabaran membina perniagaan secara konsisten untuk jangka masa panjang hingga mereka berpotensi menjejaki ke tahap global. Saya sentiasa mengajar bangsa saya untuk independent berniaga serta tidak bergantung dengan bantuan kerajaan untuk memberi modal dan dana. Kenapa? Mereka USAHA-WAN. Mereka sepatutnya diajar dan dibimbing untuk membina bisnes mereka dan tingkatkan jualan mereka dengan pelbagai strategi dengan meletakkan mentaliti bagaimana membinanya tanpa perlukan pinjaman dan subsidi sehinggalah pada tahap growing nanti.
9. Apabila YB Menteri mengundang saya ke pejabatnya untuk bertanya tentang bagaimana saya boleh bantu lebih ramai usahawan dan peniaga, perkara pertama yang saya ingin tahu ialah – Kenapa saya? Dan maklumbalas beliau merupakan sesuatu yang di luar jangkaan dan ia sesuatu yang saya ingin bertanya jika bukan YB Menteri tersebut yang menyatakan terlebih dahulu. Beliau menyebut tentang seseorang ahli keluarga beliau yang merupakan anak didik saya. Beliau melihat bagaimana orang ini memulakan bisnes dari kosong membuat keropok menguli dengan tangan sambil menghadiri program-program Richworks 5-6 tahun lepas secara taksubnya belajar dan kemudian mengaplikasikan ilmu-ilmu bisnes yang dipelajari sehingga hari ini, dan kini mampu memiliki kilang dan mesin pembuatan keropok dengan packaging yang cantik serta diedarkan bukan hanya di Malaysia tetapi sehingga pasaran eksport. Menyaksikan pula di hadapan mata bagaimana seorang rakan yang beliau kenali berjaya merubah kehidupan keluarga yang asalnya susah, tiada apa-apa dan bisnes tidak tentu hala sehingga dalam tempoh beberapa tahun ini mampu menyediakan rumah baru untuk keluarga mereka serta bisnes melonjak berkali-ganda. Itu semua merupakan testimoni di hadapan mata, sebut YB Menteri.
10. Maklumbalas kedua saya dapat daripada seorang lagi “stranger”. Beliau seorang peguam yang berjaya tetapi tidak pernah hadir ke mana-mana program kami. Tetapi beliau menyebut dengan wajah serius melihat mata saya tentang apakah impak yang Richworks dan saya berikan sejak 10 tahun lepas menjadi syarikat yang terlibat secara besar-besaran di dalam membimbing beratus ribu orang kita untuk mula berfikir dan bertindak untuk upgrade kehidupan dan kewangan dengan memulakan perniagaan. Beliau menyebut tentang dahulu pada era sebelum ada Richworks, tidak ramai usahawan kecil Melayu yang mampu menjadi besar dan berjaya dan tidak ramai orang Melayu yang berniaga dibandingkan dengan sekarang kerana dahulu ramai orang Melayu tidak percaya yang mereka mampu berniaga dan boleh berjaya dalam perniagaan. Sehingga ada kata-kata yang menyebut, “Orang Melayu tidak boleh berniaga tak macam orang Cina!”, “Orang Melayu tidak ada darah bisnes!”, “Orang Melayu hanya boleh jadi kuli dan makan gaji dengan bangsa lain atau layak kerja kerajaan sahaja!” Dan semua kata-kata ini hari ini ternyata salah!
11. Ketika saya mendengar maklumbalas tersebut, hati saya kembang dan bersyukur. Rupanya ada juga orang nampak sedikit sebanyak perjuangan kami selama ini di dalam memartabatkan kekuatan ekonomi bangsa kami sendiri. Rupanya usaha kami di Richworks untuk membuka mata orang kita bagaimana untuk berniaga dengan berkongsi beratus video-video percuma (video-video kami telah ditonton sebanyak 40 juta views sehingga kini) atau melalui program-program latihan dan bimbingan berimpak tinggi 3-hari seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). IMKK merupakan sebuah program flagship Richworks yang telah diadakan sejak tahun 2010 dan telah dihadiri oleh hampir 100,000 orang peserta serta sentiasa penuh dengan beribu orang peserta yang hadir untuk mereka kenali, kuasai dan tingkatkan potensi diri, wang dan bisnes. Dan program ini hanya diadakan dalam setahun 1 atau 2 kali untuk 3-hari dari pagi hingga ke malam.
12. Maklumbalas terakhir yang saya dapat minggu ini adalah pada hari cuti – Hari Wesak. Maklumbalas ini saya dapat dari hasil pemerhatian saya. Kebetulan pada hari tersebut saya membawa isteri dan anak-anak saya untuk membeli sedikit pakaian untuk Hari Raya dan isteri saya mengajak saya ke sebuah kedai di kawasan Bandar Baru Bangi. Saya pun bersetuju dan ini merupakan pertama kali saya ke kawasan perniagaan tersebut. Apa yang memeranjatkan saya ialah seluruh kawasan bisnes ini sesak dengan manusia pada awal pagi kedai dibuka lagi ialah mungkin ini peluang mereka membeli pakaian untuk Hari Raya. Tetapi apa yang membanggakan ialah bila saya melihat deretan jenama-jenama kedai di kawasan tersebut yang majoritinya adalah kedai milik usahawan-usahawan anak didik saya yang pernah saya jumpa di dalam kelas-kelas saya atau di bawah mentoring usahawan Titanium Circle saya.
Mendapat maklumbalas yang positif dari orang lain yang tidak pernah hadir ke program kami serta melihat impak hasil usaha Richworks dengan izin Allah swt selama ini pada minggu kami menyambut Ulangtahun ke-10 hari ini adalah sesuatu yang membahagiakan. Dan saya rasa bersyukur kerana dipilih Allah swt melalui perjalanan ini dan didorongkan untuk lakukan usaha serta perjuangkan apa yang kami perjuangkan iaitu untuk membimbing lebih ramai anak bangsa serta rakyat Malaysia untuk memperbaiki tahap ekonomi dan kewangan keluarga mereka serta membantu lebih ramai membina bisnes yang lebih berjaya Insha Allah selain daripada mengembangkan Richworks di persada Asia dan dunia selepas ini.
Bagaimana kami dapat membantu lebih ramai orang? 3 perkara yang kami gariskan sebagai halatuju penting di dalam Richworks sehingga 2020.
- Memberikan lebih banyak video-video bimbingan dan latihan secara percuma yang khususnya membantu dan menjawab persoalan-persoalan tentang bagaimana untuk tingkatkan tahap kewangan dan bisnes.
- Kami melabur dalam teknologi digital terkini dan telah melancarkan portal latihan dan bimbingan dalam talian melalui RichworksAcademy.com di mana ia merupakan platform untuk anda belajar di mana sahaja di dunia asalkan anda ada akses kepada Internet semudah di tapak tangan anda.
- Menyediakan lebih banyak program-program bimbingan keusahawanan secara live seminar atau dalam talian yang akan dibimbing oleh usahawan dan jutawan-jutawan industri terutamanya dari kalangan anak didik kami yang terhasil dari program-program kami selama ini supaya anda dapat dibimbing oleh the real industry player semuanya di bawah satu payung iaitu Richworks International. Ini akan mempercepatkan proses bimbingan kejayaan perniagaan anda.
Dan sempena ulangtahun Richworks yang ke-10 minggu ini, kami ingin memberikan peluang kepada anda atau sesiapa yang ingin dibimbing di dalam melonjakkan potensi diri, wang dan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.
Jika anda kenal sesiapa yang benar-benar mahu merubah nasib keluarga, kewangan dan bisnes, anda mahu pastikan mereka tidak terlepas tawaran ini.
SempenaUlangtahun Richworks yang ke-10, kami mahu berikan 10,000 tiket seat Generalyang paling belakang ditawarkan untuk anda hadir ke program IMKK pada 2-4 November 2018 nanti. Ia *Percuma (Percuma tanpa yuran RM997:Anda hanya perlu bayar RM97/seorang untuk kos workbook.)
Tawaran ini sepatutnya dilancarkan pada 2 Jun 2018 pada hari Majlis Ulangtahun Richworks International yang ke-10 tahun, tetapi kami telah membuat keputusan untuk membuka tawaran ini sekarang dan selagi masih ada. Tawaran ini akan ditutup pada bila-bila masa.
Nak? Bertindak sekarang dengan layari www.IMKK2018.com. Selagi tiket masih ada.
Terima kasih di atas setiap doa, sokongan, kritikan dan maklumbalas anda selama ini. Doakan kami dapat terus memberikan bimbingan kepada ramai rakyat Malaysia dan dapat membantu lebih ramai di seluruh Asia selepas ini Insha Allah.
Doakan saya sihat walafiat juga ya.
Salam sayang,
Dr Hj Azizan Osman
Founder & Executive Chairman
Richworks International Sdn Bhd