WELLINGTON: Angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan.
Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, mangsa ditemui susulan pemeriksaan lanjut yang dijalankan di tempat kejadian.
“Setakat malam tadi, kami telah membawa kesemua mangsa keluar dari kedua-dua masjid berkenaan dan dalam proses itu kami menjumpai seorang lagi mangsa,” jelasnya pada satu sidang media di sini pada Ahad.
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
50 lagi mangsa tercedera dalam tragedi tersebut dan 36 masih dirawat di Hospital Christchurch, dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Empat orang ditahan polis, namun hanya seorang warga Australia berusia 28 tahun, Brenton Tarrant, telah didakwa membunuh.
Bush memaklumkan, tiga daripada mereka telah ditahan kerana memiliki senjata api di kawasan kepungan polis pada Jumaat.
BERITA LANJUT MENYUSUL