Gara-gara mengkritik Nasi Lemak yang dihidangkan dalam penerbangan British Airways, Katie Morley, wartawan The Telegraph “disekolahkan” oleh “tentera bawang Malaysia” di Twitternya!
Ciapan perkongsian mengenai menu nasi lemak yang disifatkannya sebagai hidangan paling teruk pernah dinikmatinya dalam perjalanan selama 13 jam menjadi tular!
Tentera Bawang mempertahankan Nasi Lemak
Kurang senang dengan perkongsian Katie yang dianggap menghina hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia, “tentera bawang Malaysia” memberikan komen :
“This is Malaysian food. Nasi lemak …Nasi Lemak Ayam …Nasi Lemak kerang ..Nasi Lemak Udang ..Nasi Lemak Singgit …Nasi Lemak Royal. The one you got is Nasi Lemak Instant”, kata Sham.
“Tak suka Nasi Lemak? BA patut letak nama menu itu Nasay Le Marc”, tulis Alwyn.
“Please jangan derhaka dengan makanan nenek moyang kami. Hangpa ingat pancake tepung goreng dalam belanga tu “teqa” mana sangat? Babap kang”, kata Nijamm
“Why the heck British Airways served this dish? Btw guys that is not nasi lemak. No freaking way. Awful looking dish. Euw..Malaysia nasi lemak is better looking and the taste girl I tell you.. Come to Malaysia and experience the nasi lemak yourself”, kata Qemall.
“Kau belum makan lagi nasi lemak dengan sambal sotong, rendang kerang, ayam goreng berempah, sambal paru. Perghhh confirm kau jatuh hati dengan nasi lemak ni”, kata Leopard.
Posting Katie turut dihujani banyak gambar nasi lemak menyelerakan yang dikongsi netizen untuk membuktikan keenakan hidangan tradisional itu.
Antaranya gambar nasi lemak McD dan Nasi Lemak Pak Nasser yang popular dalam kalangan penumpang pesawat penerbangan tambang murah, Air Asia.
“Hidangan popular …McD pun ada menu nasi lemak”, tulis Hazmi
“Nasib baik nasi lemak, kalau nasi kandaq, baru hang tau langit tinggi rendah”, kata Sham
Katie menerusi respons balasnya di Twitter berkata dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan rak yat Malaysia mengenai posting nasi lemaknya tempoh hari.
“Ramai rakyat Malaysia memberitahu makanan yang saya tweet sebelum ini adalah menu popular kebangsaan. Saya tidak berniat mahu menyinggung sesiapa. Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi teruk oleh BA. Sudah tentu ia menyeronokkan dan harap dapat cuba menu sebenar satu hari nanti”, katanya.
Dalam tweet tersebut, rakyat Malaysia menggesa Katie untuk berkunjung ke Malaysia bagi mencuba hidangan nasi lemak sebenar.
Pada masa sama, Nasi Lemak menjadi ciapan paling trending di Twitter Malaysia selepas posting Katie tular di platform media sosial itu.
Setelah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kritikan makanan kegemaran ramai nasi lemak, wanita dari United Kingdom, mencuba sendiri makanan itu dan menyedari hidangan itu sungguh sedap.
Menerusi Twitternya, Katie Morley mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memberi cadangan untuk merasai nasi lemak yang sebenar.
Ternyata dia mengakui hidangan nasi lemak memang enak berbeza apa yang dirasai ketika menaiki penerbangan British Airways (BA), baru-baru ini.
“Anda betul! Ia amat sedap. Tidak sama dengan nasi lemak di British Airways,” kata Katie Morley, wartawan dari The Telegraph itu.
Katie Mollie telah mencuba nasi lemak di restoran Malaysia, Zheng’s di Chelsea London baru-baru ini.