oleh Team Richworks pada 09 October 2018
Bayar makanan emak guna kredit kad, buat-buat macam ada duit..tapi sebenarnya tengah senak tak ada cash. Beli barang dapur cari kedai yang boleh terima kredit kad, dalam hati berdebar-debar dan berdoa semoga kredit kad boleh guna dan tak over limit!
Siapa pernah alami situasi macam ni?
Mesti cuak dan bimbang kan? Kalau kena reject, mesti malu..nak bayar macam mana?
Tapi itulah situasi biasa yang dihadapi oleh insan-insan kat luar sana yang selalu ada masalah duit, sanggup guna kredit kad untuk tampung hidup tapi sebenarnya seumpama gali lubang sini dan tutup lubang sana.
Tuan Norazri Ariffin adalah seorang kakitangan kerajaan yang sudi share kisahnya dengan kami. 3 tahun lepas, hidupnya sangat susah. Sebagai seorang yang makan gaji, dan terpaksa berulang dari Melaka ke Seremban kerana tugas, memang perit.
“Duit habis atas jalan je..” katanya.
Paling senak bila tiba tengah bulan. Nak bayar makan memang tak ada duit, tapi terpaksa cari kedai yang boleh terima kredit kad. Pernah juga, dia nak belanja emaknya makan, terpaksa bawa ke kedai-kedai yang pembayaran boleh menggunakan kredit kad, sambil dalam hati berdoa “janganlah over limit!”
Nak beli barang dapur pun macam tu. Terpaksa menggunakan kredit kad. Terpaksa tambah hutang kredit kad.
Gaji mereka suami isteri yang bekerja tak cukup nak tanggung hidup. Dari situ datang keinginan nak berniaga tudung. Mula-mula jual kat saudara mara dan kawan-kawan pejabat. Kalau dapat jual sehelai dua dah rasa gembira! Dapatlah duit lebih sikit….
Nak berniaga tudung memang OK, TAPI, mereka tak ada modal nak beli banyak-banyak. Tuan Norazri kata, dia terpaksa pinjam duit kawan-kawan, pinjam duit saudara mara untuk buat modal. Dan macam biasa…guna kredit kad juga untuk beli stok tudung.
Makin berniaga, makin banyak hutang kad kredit!
Berniaga tanpa ilmu menyebabkan mereka selalu kena tipu. Kadang-kadang isterinya terpaksa ketuk pintu dari sekolah ke sekolah, dari rumah ke rumah semata-mata nak pastikan ada jualan. Ada masa mereka terpaksa berniaga tepi jalan, janji dapat duit sikit.
Sehinggalah tahun 2016, Mereka mula dengar tentang Dr Azizan Osman. Masa tu dah boleh buat sales sekitar RM 10,000 sebulan, tapi hutang kredit kad masih keliling pinggang. Masa tu juga, hati skeptikal sangat dengan Richworks. Banyak yang buruk dari yang baik yang mereka dengar…tapi, makin lama tengok FB Azizan Osman, makin banyak kisah kejayaan mereka yang hadir program Richworks yang Tuan Norazri jumpa dan baca.
Sepanjang tahun 2016 dia hidup dengan skeptikal. Masalah kewangan tetap tak sudah walaupun dah mula berniaga online. Skeptikal punya pasal…sanggup tanggung hutang.
Tapi pada tahun 2017, dah mula terbuka hati Tuan Norazri dan isterinya untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) April 2017! Tu dia….! Hari pertama je dah hilang semua skeptikalnya!
Dari IMKK Tuan Norazri capai 3 perkara paling utama:
1) Ilmu IMKK buatkan dia percaya, masalah hutang bukan sebab salah orang lain, tapi salah diri sendiri yang tak tahu cara nak tingkatkan kewangan dan berniaga dengan betul.
2) Mereka suami isteri rasa yakin, ini jalan bisnes yang betul. Inilah cara mereka perlu buat untuk UBAH HIDUP dan tingkatkan tahap pendapatan. Sebelum ni, mereka ragu-ragu tapi selepas hadir IMKK mereka dah dapat kepastian.
3) Dari IMKK, dia dah mula rasa peningkatan pendapatan dalam bisnes. Matlamat hidup dan bisnesnya semakin jelas. Dia dapat belikan ibu bapanya benda yang dia tak mampu nak belikan sebelum ini. Surprise kan emaknya dengan kereta baru dan duit saving yang banyak dalam akaun Tabung Haji. Dia juga mampu bantu adik beradik.
Selepas IMKK, Tuan Norazri terus hadir ke program Richworks yang lain, termasuk program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan alhamdulillah, jualan tudungnya – Miabella yang berpusat di Seremban dah cecah RM100,000 sebulan dan sehingga Ogos, jualan keseluruhan dah cecah RM800,000.
Pesan Tuan Norazri, “jangan bertangguh nak cari ilmu. Buang skeptikal ‘tu. Jangan dengar cakap orang yang tak pernah hadir IMKK….mereka tak tahu masalah kita, mereka tak faham cita-cita kita..Kita yang perlu usaha cari ilmu.”
Tahniah Tuan Norazri dan isteri. Kami bangga kerana anda pernah hadir ke IMKK. Kami bangga anda adalah kisah kejayaan kami.