AMANAH IKHTIAR
Pada 17 September 1987 Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan di bawah Akta Amanah (1952) sebagai badan amanah persendirian.
Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga beberapa individu yang dilantik berdasarkan kapasiti peribadi dipertanggungjawabkan menguruskan AIM.
Penubuhan AIM adalah sebagai usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia khususnya masyarakat luar bandar iaitu melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.
JENIS SKIM PEMBIAYAAN
Skim i-Mesra
Merupakan skim asas atau yang pertama sebelum layak untuk memohon skim yang lain. Proses bagi skim ini amat mudah.
Jumlah Pinjaman
Mendapat pembiayaan sehingga RM 10 rIbu
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik ialah 100 minggu
Skim i-Srikandi
Merupakan pembiayaan untuk meningkatkan pendapatan
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan sehingga RM30 ribu
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik ialah 150 minggu.
Skim i-Wibawa
Merupakan pembiayaan bermusim
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan sehingga RM5000
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik 25 minggu atau setiap bulan sehingga 6 bulan atau pun membuat pembayaran sekaligus.
Skim i-Sejahtera
Merupakan pembiayaan sosial dan bisnes
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan sehingga RM15000
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik ialah sehingga 100 minggu.
Skim i-Bestari
Merupakan skim pembiayaan berkonsepkan Sahabat dan Keluarga.
Jumlah Pinjaman
Jumlah pembiayaan hingga RM5000
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu
Skim i-Penyayang
Merupakan pembiayaan untuk Sahabat yang mengalami kegagalan projek terdahulu.
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan hingga RM 5000
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik hingga 100 hari.
Skim i-Emas
Pembiayaan untuk sahabat yang berumur 75 tahun ke atas.
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan sehingga RM2000
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik sehinga 50 minggu
Faedah
Semua skim pembiayaan AIM akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% untuk setahun. Sekiranya pemohon memilih untuk membuat pembayaran balik untuk tempoh 25 minggu pula akan dikenakan faedah sebanyak 5%. Bagi pembiayaan di bawah Program Kewangan Mikro bandar (PKMB) pula akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 1% sebulan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3855 atau perkapita RM838.
- Pemilikan aset yang tidak melebihi sebanyak RM 50 000.
- Menubuh kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 orang.Ahli haruslah tinggal dalam kawasan yang sama dan tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab.
- Mengikuti kursus jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari sebagai memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh AIM.
Proses Permohonan
Pemohon perlu menjadi ahli (sahabat) serta menghadiri Mesyuarat Pusat dan membentangkan cadangan pembiayaan.
Proses kelulusan adalah dalam tempoh 28 hari daripada tarikh pembentangan pembiayaan dibuat.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Ibu Pejabat
Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No 3 Jalan Cempaka SD 12/1A,
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur
Atau
Hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-300 888 246
Atau
Untuk mengetahui alamat pejabat AIM seluruh negara boleh layari laman web aim.gov.my