Smart CashFlow Management – Jadilah Peniaga Bijak
oleh Team Richworks pada 27 April 2018
Nak jadi peniaga atau pemilik bisnes, anda perlu bijak bertindak. Setiap satu keputusan yang anda buat memberi impak pada keadaan bisnes anda. Adakah selama anda berniaga sehingga hari ini, anda sudahpun membuat dan menyimpan rekod aliran tunai harian kedai atau syarikat anda?
Persoalan seterusnya yang perlu anda tanyakan pada diri anda, jika anda sudah membuat rekod aliran tunai perniagaan, adakah anda melakukannya dengan konsisten setiap hari TANPA GAGAL?
Adakah anda peka dan pasti kemana perginya duit syarikat anda? Untuk apa anda belanjakan wang tersebut? Sudahkah anda membuat simpanan untuk syarikat anda? Jangan ingat simpanan hanya perlu untuk peribadi sahaja, kerana sesebuah syarikat sepatutnya memiliki simpanan yang sekurang-kurangnya mampu membuat syarikat anda bertahan selama 6 bulan jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.
Seperkara lagi yang sering para usahawan terlupa ialah untuk mengasingkan kategori perbelanjaan dan jumlah anggaran tunai untuk setiap satu kategori. Kenapa perlu anggaran? Supaya anda tidak terlebih belanja yang bakal menyusahkan syarikat anda sendiri di kemudian hari.
Peniaga yang bijak juga akan tahu bagaimana cara yang tepat untuk menguruskan perbelanjaan asas syarikat, seperti gaji pekerja, dan bil-bil semasa. Syarikat memerlukan pekerja dan mereka memerlukan gaji. Jika anda tidak bayar tepat masa, kemungkinan mereka kurang bersemangat dan efikasi dalam melaksanakan kerja itu sangat tinggi.
Hal paling utama untuk anda kuasai sebagai peniaga ialah, anda perlu ada untung yang sepadan dengan jualan anda. Ada orang jualan tinggi tapi untung sedikit kerana tak bijak mengatur kos-kos produksi yang terlibat. Ini adalah kerugian paling mengecewakan kerana anda sudah penat-penat pulun membuat jualan, tapi hasilnya tidak menampakkan keuntungan!
Adakah soalan-soalan di atas ini membuatkan anda tersentak dan terpinga-pinga? Jika ya, anda harus menghadiri seminar Smart Cashflow Management kami di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 29 April 2018 nanti supaya anda mampu bukan saja jadi Bos Besar syarikat di atas kertas, tapi anda memang realitinya adalah Bos Besar dengan kewangan syarikat yang kukuh dan stabil.