Snap Fitness, dengan kerjasama Global Fitness Japan Co Ltd akan menembusi pasaran Jepun dengan membuka 300 lokasi di seluruh negara. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka lokasi utama di Tokyo, yang dijangka dibuka pada tahun ini. Lokasi-lokasi tambahan akan disusuli dalam masa terdekat di Osaka dan wilayah-wilayah lain.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Global Fitness Japan Co Ltd, Kazuki Takenouchi berkata, Snap Fitness telah berjaya menyediakan perkhidmatan kecergasan yang inovatif dengan cara yang mampan di seluruh dunia selama lebih 15 tahun.
“Global Fitness Japan percaya Snap Fitness akan meningkatkan kesejahteraan kehidupan semua orang di Jepun dengan menyediakan senaman didorong hasil yang berasaskan teknologi,” katanya.
Pada Februari lepas, wakil-wakil daripada Global Fitness Japan Co Ltd menghadiri ‘Snap University’ di Minnesota bagi memahami tumpuan Snap Fitness terhadap inovasi mampan, suasana butik dan teknologi terkini.
-PR NEWSWIRE