KUALA LUMPUR : Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat dalam penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Tiga persatuan itu adalah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Inisiatif Smoke Free Malaysia.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), Muthusamy Thirumeni berkata ketiga-tiga NGO ini sepakat untuk memberi fokus bagi melihat kaedah larangan ini boleh dilaksanakan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan berkata pihaknya menyokong kerjasama ini dan berharap kerjasama ini dapat mencari cara penyelesaian yang lebih efektif.
Penyelaras Inisiatif SmokeFreeMy, Sha’ani Abdullah menegaskan bahawa kesefahaman dan kerjasama daripada semua pihak, termasuk rakyat adalah amat penting supaya kawalan tembakau dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.