Tinggal passport dalam hotel, pelancong wanita dakwa pihak berkuasa minta duit kopi. Hari ini segala kejadian dibuktikan dengan rakaman video. Sama ada ia dirakam secara curi-curi atau dirakam secara terang-terangan.
Di media sosial tik tok @cs_quan, tersebar satu rakaman video yang kini viral di negara China apabila seorang rakyatnya mendakwa pihak berkuasa tempatan meminta duit kopi gara-gara tidak membawa passport bersama ketika ditahan.
Tinggal Pasport Dalam Hotel
Dalam rakaman tersebut, dalam dakwaannya, wanita ini memaklumkan dirinya telah diperas ugut oleh polis yang membawa senapang di Malaysia.
Kejadian ini berlaku selepas dirinya makan malam di sebuah restoran bertaraf Michelin dirinya menaiki grab lebih kurang 11 malam.
“Grab bawa separuh jalan tiba-tiba berhenti. Dirinya tanya driver kenapa berhenti. Dia kata kita diekori oleh sebuah kereta polis. Polis kemudiannya ketuk tingkap kami dan bertanya dirnya dari mana.
Selepas dirinya menjawab dirinya dari China, polis meminta passport untuk dilihat. Namun ketika itu dia tidak membawanya bersama kerana takut hilang. Bahkan menawarkan untuk menunjukkan ID Chinanya, permit dan gambar pasportnya.
@cs_kuan SUPPORT PDRM MALAYSIA ❤️ SELAMAT BERPUASA. Malaysia CHINA EMBASSY HOTLINE TIDAK TERJAWAB TOLONG JAGALAH IMEJ NEGARA MALAYSIA Video Credit: Cici酱 #据说MATA要KOPI提神 ♬ original sound – CSKuan Mahakala – CS eSHOP
Dakwa wanita ini lagi, pihak polis tidak mahu melihat semua itu sebaliknya mahukan passport bersama visa kemasukan ke Malaysia. Jika gagal ditunjukkan boleh dibawa ke balai.
Pelancong Wanita Dakwa Pihak Berkuasa Minta Duit Kopi
Masa yang sama, dalam videonya, selepas pihak polis meminta visa Malaysia (Entry Cop), dirinya cuba mencari nombor telefon Embassynya namun gagal dan tiada orang di kedutaan yang mengangkat panggilannya.
Ketika inilah, dirinya mendakwa di mana polis inginkan rasuah atau duit kopi.
“Pemandu telah ingatkan saya bahwa polis mahukan wang tunai tapi masa yang sama, dirinya tidak membawa wang tunai ketika itu. Pemandu kata dia boleh pinjamkan RM100 tapi polis tak mahu.
“RM200 pun tak mahu sebaliknya minta tambah RM100,”dakwanya lagi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rezeki Macam Mana Yang Ibu Ayah Bawa Pulang Beri Anak Makan
Apabila Kemalangan, Jangan Lakukan KESILAPAN ‘Sign’ Dokumen Daripada Orang ‘Tow Truck’ Yang Datang!
Walau SALAH Sebesar Zarah Segalanya Tercatat, Di Dunia TERLEPAS, Akhirat BELUM Tentu
Jelas wanita ini lagi, ketika itu kawannya (berasal dari negara ini) meminta dia berdiam dan menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tiada lagi wang tunai kecuali RM200 tersebut.
Lebih teruk andaiannya, kawannya memaklumkan, biasanya polis akan bawa pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit tunai. Dan kalau gagal bagi duit, mereka akan dibawa ke balai untuk ditahan selama semalam.
Ternyata wanita pelancong China ini terus membuat andaian di mana katanya, dengan kulitnya yang putih, miliki wajah yang agak menarik dirinya akan mengalami gangguan seksual berbentuk lisan dan sentuhan badan.
Jelasnya lagi, merujuk hal yang berlaku kepadanya kata wanita ini dirinya faham bahawa kalau berada di luar negara mesti sentiasa bawa passport bersama setiap masa.
Katanya lagi, dia sudah travel ke 20 buah negara dan belajar di England, sehinggalah di Malaysia, baru dia tahu hal ini (berkaitan passport perlu dibawa ke mana-mana).
Jelas dirinya tidak membawa passport kerana tidak mahu ianya tercicir.
Soalnya lagi, jika terjadi bahaya di luar negara, pada siapa dirinya patut minta tolong?
“Pihak berkuasa tak boleh dipercayai, pihak Embassy tak angkat telefon dan terakhir soalan darinya, kalau dirinya keseorangan, polis akan bawa dirinya ke mana? Adakah saya selamat dan mereka betul pihak berkuasa?, soalnya dan memaklumkan moga mereka yang pergi melancong selamat perjalanannya.
Ternyata tanggapan-tanggapan begini boleh memburukkan imej pihak berkuasa kerana ada banyak “anggapan” dan pendapatnya sahaja. Moga pihak berkuasa dapat bertindak menangani isu sebegini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.