Di bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, anda boleh berazam untuk menurunkan berat badan demi kesihatan. Ada beberapa tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa berpuasa yang dapat membantu menurunkan berat badan dan mencegah pembaziran terutamanya makanan.
Sahur setiap hari walaupun dengan sebiji kurma. Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan sahur kerana keberkatan dan manfaatnya sebagai pemberi tenaga sepanjang hari berpuasa. Sebaiknya bersahur pada hujung waktu ketika hampir waktu Subuh.
2. Makanan sewaktu Sahur
Elakkan makanan dalam tin, makanan yang diproses, makanan masin dan makanan yang terlalu manis.
Kurma adalah contoh makanan terbaik untuk sahur. Namun jika tiada kurma, anda boleh mengambil makanan kompleks seperti :
Semangkuk nasi
Roti gandum 2 keping
Buah-buahan segar
Segelas susu segar
Telur rebus
3. Kuantiti dan Kualiti Makanan semasa bersahur dan Berbuka Puasa
Kualiti dan kuantiti makanan sangat penting. Makanan berkualiti yang dimaksudkan di sini ialah yang baik untuk pemakanan. Anda boleh mengambil kuantiti yang banyak untuk makanan rendah kalori seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Misalnya :
100 gram nasi mengandungi 130 nilai kalori
Nasi putih rendah kalori berbanding nasi goreng
Ayam bakar kurang kalori berbanding ayam goreng
Kalori ayam tanpa kulit lebih rendah berbanding ayam dengan kulit
Terung rebus lebih rendah kalori berbanding kari terung
Sup telur lebih rendah kalori berbanding kari telur
Kalori buah pisang lebih tinggi berbanding buah epal.
Anda perlu bijak memadankan makanan berdasarkan nilai kalori. Sekarang ini, ramai diantara kita sudah sedia maklum jenis-jenis makanan berkalori tinggi dan menu untuk diet sihat.
Makanan sihat yang dapat membantu anda menurunkan berat badan adalah seperti sup, masakan stim, masakan rebus dan makanan yang tidak diproses.
Makanan manis boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
4. Minuman
Banyakkan minum air putih. Disarankan lapan gelas sehari meliputi waktu sahur dan setelah waktu berbuka puasa.
Kurangkan atau sebaik-baiknya elakkan minuman manis semasa sahur dan hadkan hanya satu gelas sewaktu berbuka puasa.
Anda boleh ganti minuman manis dengan makan buah-buahan berair seperti tembikai dan buah kiwi. Elakkan juga minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan nescafe.
5. Tertib sewaktu berbuka puasa
Untuk memastikan perut cepat kenyang tanpa perlu makan berlebihan, mulakan berbuka puasa dengan kurma dan segelas air kosong. Boleh juga digantikan dengan buah-buahan segar jika tiada kurma.
Kemudian, barulah masuk ke hidangan utama. Jika ada hidangan sup, cuba nikmati secawan sup dulu perlahan-lahan. Anda akan terasa lebih cepat kenyang dan selera terhadap makanan seterusnya mudah dikawal.
6. Senaman ringan
Menjalani ibadah puasa agak memenatkan bagi kebanyakan umat Islam, namun kesedaran untuk bersenam kini semakin menggalakkan di kalangan masyarakat Malaysia atas faktor menjaga kesihatan.
Bagi yang tiada masalah untuk bersenam seperti hari-hari biasa, proses menurunkan berat badan tentunya membuahkan hasil yang lebih baik bersama lima tips di atas. Anda akan tampil langsing dengan bentuk badan yang menarik di pagi raya.
Namun, bagi mereka yang kekurangan stamina untuk terus kekal aktif, amalkan sekurang-kurangnya berjalan kaki 20 minit sehari. Itupun sudah mencukupi untuk mengekalkan keaktifan di sepanjang bulan Ramadan
Sekiranya anda hendak mengekalkan cara pemakanan sihat dan menyelesaikan masalah berat badan dan memastikan berat badan tidak meningkat kembali selepas bulan Ramadan tanpa pergi ke gymnasium dan tidak terlalu berpantang makan, kami syorkan anda mempraktikan formula kurus oleh Nazrin Nasser.
Formula Kurus Nazrin menunjukkan kepada anda :
– Cara untuk turunkan berat anda dan mempastikan ia tidak naik kembali.
– Cara senaman (video bonus) yg efektif untuk membakar lebihan lemak tubuh tanpa peralatan atau lokasi khusus.
– Cara mengatur pemakanan untuk kekal kurus tanpa perlu menahan lapar (atau tak sentuh nasi langsung!).
Nazrin Nasser menggarap pengalaman dan kajian beliau selama lebih 2 tahun, dan telah berjaya menurunkan berat beliau sebanyak 25kg dalam 5 bulan utk menghasilkan manual Formula Kurus. Nazrin juga pernah memenangi pertandingan penurunan berat badan secara sihat, dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai acara yg turut dihadiri oleh selebriti jurulatih kecergasan.
Dapatkan Formula Kurus Nazrin Nasser di sini dan anda dapat mengekalkan berat badan anda bermula dari Ramadan ini selamanya.
Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami di MalaysianOnlineNetwork.com