Demografi Penduduk
Anda perlu mengetahui majoriti lalu lintas di suatu kawasan yang berada di bawah pusat sasaran pelanggan anda. Demografi ini termasuklah umur, profesi dan pendapatan isi rumah. Dengan mengetahui demografi ini, anda akan dapat mengetahui potensi perniagaan burger anda jika dijual di kawasan itu.
Persaingan
Anda juga perlu melihat pesaing yang ada di lokasi anda pilih. Dengan mengetahui lokasi pesaing, anda akan lebih berkeyakinan untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.
Dapat dilihat
Pastikan lokasi perniagaan burger anda dapat dilihat di jalan utama dengan mudah. Contohnya, gerai burger anda berhadapan dengan pusat membeli-belah atau kawasan bangunan pejabat besar.
Kemudahan
Lokasi gerai burger anda perlulah ada kemudahan agar anda mudah untuk mengakses produk. Contohnya, gerai anda berdekatan yang mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta, perhentian bas atau stesen MRT.
Komunikasi
Infrastruktur IT boleh menarik pelanggan untuk dating ke gerai anda. Apabila anda memilih lokasi, anda perlu mengetahui sama ada kawasan tersebut mempunyai rangkaian seperti WI-FI atau sambungan internet jalur lebar yang tinggi. Hal ini kerana, kawasan yang mempunyai internet yang tinggi, menjadi pusat tarikan orang ramai.