Jangan risau, anda tidak perlu menjadi guru sebenar pun.
Yang penting anda mempunyai sesuatu untuk diajar.
Ketika ini, di luar negara malah di Malaysia juga sangat tekenal dengan kursu atas talian. Ini kerana prosesnya lebih senang dan anda boleh memperolehi ramai murid dari kursus atas talian.
Dalam kursus alam nyata ini, guru selalunya akan mengulang gunakan bahan mengajar yang sama setiap kali mengajar kelas baru. Tapi pada kursus atas talian, kursus tersebut boleh dirakam dan dimuat naik di laman web.
Jadi, ianya sama dengan produk informasi?
Ianya memang hamper serupa.
Oleh kerana itu, caranya boleh dimulakan dengan menghasilkan produk informasi.
Namun terdapat sedikit perbezaan:
Kerana ianya adalah kursus, maka panduan dan keterangan yang anda berikan dibahagikan kepada beberapa sesi yang diberikan pada hari-hari yang berbeza. Contohnya, seminggu sekali.
Selain daripada itu kursus atas talian selalunya mempunyai sesi soal jawab.
Gunakan platform berikut sebagai ruangan untuk mempromosikan kursus atas talian anda:
- WordPress + plugin Zippy Courses
- Teachable
- Udemy
- co
Setakat ini saya belum megetahui tentang platform khas di Malaysia seperti produk digital diatas.
Daripada keempat-empat pilihan tersebut, pada pendapat saya yang terbaik adalah Teachable. Kerana prosesnya sangat senang dan mesra pengguna.