Wajib Tengok! Cikgu Ni Dah Selamatkan Diri Dari Hutang Ah Long Selepas Hadir Millionaire Marketing Mastery (MMM).
oleh Team Richworks pada 19 February 2018
Benda paling siksa dalam bisnes ialah bila berbisnes tapi tak ada sales dan tak ada pelanggan!
Siapa setuju? Buka kedai dari pagi sampai malam, tapi tak ada makhluk yang datang, kalau ada pun tak beli sangat, sekadar jenguk-jenguk je…
Kalau bisnes secara online, bukan main lagi buat FB ADS, komen dan likes bukan main banyak tapi setakat PM je…lepas tu tak ada bunyi! Panas hati kan! Ni nak cerita sikit, keadaan bisnes zaman sekarang ni. Kami perati je situasi ni, dan kami rasa perlu highlightkan kat semua..
Kami nak share dengan anda 5 kesalahan yang ramai usahawan buat TANPA SEDAR dan boleh runtuhkan bisnes sendiri.
- Pelanggan keluar masuk kedai tapi tak ambil data mereka. Anda sebenarnya sedang melepaskan ikan-ikan besar yang bakal makan umpan anda dan yang boleh jadi pelanggan tegar anda.
- Tak ‘serve’ pelanggan sebaiknya, tak bina perhubungan dengan mereka. Nak dapat satu pelanggan punya susah, tapi dah dapat kenapa kita tak jaga betul-betul?
- Tak tahu macam mana nak jadikan mereka dari pelanggan biasa kepada pelanggan setia dan akan beli berkali-kali dan banyak-banyak dari anda.
- Tak jadikan mereka duta perniagaan anda. Anda tak tahu macam mana nak jadikan mereka sebagai ‘iklan bergerak’ perniagaan anda.
- Tak buat ‘result marketing’, di mana peniaga tak tanya pun apa result yang mereka dapat setelah guna produk. Kalau ada pun, tak sharekan dengan orang lain.
Ramai peniaga suka habiskan duit dan belanja besar untuk buat marketing. Baru nak berniaga dah terjah buat iklan besar-besaran tapi teknik marketing percuma mereka tak nak buat, bila dah berbelanja besar, production tak mampu nak support permintaan, akhirnya operasi pengeluaran bermasalah dan tak pasal-pasal nama perniagaan jadi buruk sebab tak boleh nak deliver produk kepada pelanggan.
Ini antara soalan yang sepatutnya peniaga dan usahawan tanyakan kepada diri anda sendiri. Tengok signboard bisnes anda, tengok kedai online anda dan tanyakan soalan ini?
- Kenapa pelanggan datang sekali sekala je ke kedai anda?
- Kenapa pelanggan tak beli dari anda?
- Kenapa pelanggan tak tahu pun wujudnya bisnes anda, apa lah lagi nak rasa perlu beli dari anda?
Usahawan kat luar sana sibuk nak buat iklan berbayar, FBAds, Iklan TV dan Radio, Iklan kat suratkhabar tapi cara marketing murah atau tanpa kos yang ada mereka tak nak guna. Konon-kononya tak berkesan.. Habis..! Yang iklan berbayar tu berkesan sangat ke?
Nak share sikit kisah seorang cikgu ni. Cikgu Zarini dari Trengganu yang suka berniaga. Apa saja produk dia jual. Semangat berbisnes tinggi, tapi ilmu tak ada. Beliau pernah rugi dan sehingga berhutang dengan ‘Ah Long’ demi untuk buat bisnesnya. Hutang sehingga ratus ribu. Bisnes tetap tak jalan. Makin hari makin senak nafas mengingatkan hutang bisnesnya.
[embedded content]
Kemudian beliau hadir ke program marketing kami – Millionaire Marketing Mastery (MMM). Bergolok bergadai semata-mata nak hadir tuntut ilmu. Ye lah, orang dah berhutang sekeliling pinggang terpaksalah cari jalan. Di MMM, program yang banyak ajar peserta bagaimana nak buat iklan dengan zero kos atau dengan kos rendah, Cikgu Zarini rasa sesak nafas. Banyak sangat ilmu marketing yang dia tak tahu. Ilmu marketing yang free, yang kosnya rendah tapi hasilnya WOW!
Apa jadi selepas tu? Dari seorang yang banyak hutang cikgu ni dah mampu buat sales sehingga RM60 ribu sebulan! Hanya dalam tempoh kurang dari 3 bulan! Apa yang beliau buat? Cepatnya naik? Ha…itu semua akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman dalam Program Millionaire Marketing Mastery. Tips dan strategi marketing yang tak ada dijual di mana-mana. Yang menyeluruh, dan tak tertumpu kepada online sahaja.
Kalau anda serius nak start marketing campaign anda, sempena Ramadhan dan Syawal ni, kami sarankan anda hadir ke Program MMM. Kalau nak lah…Jangan cakap “Eh! Lambat lagi Ramadhan…?” Ye lah tu…Jakel pun dah start buat iklan baju raya, Mydin pun dah start jual balang kuih raya…korang apahal nak tunggu lagi!
Ruangan Komen
[embedded content] (Why?)