KUALA LUMPUR: Meskipun secara berseloroh menggelarkan dirinya sebagai seorang ‘diktator’, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya sebagai seorang pendengar yang baik.
“Walaupun saya seorang ‘diktator’ tapi saya seorang pendengar yang baik. Saya mendengar pandangan orang lain.
“Antara pandangan yang saya perlu dengar adalah, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Beliau akan pastikan pandangannya didengari sama ada anda suka atau tidak,” kata Tun Mahathir dengan nada bergurau ketika sesi soal jawab dalam satu sidang media semalam, yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut meluahkan penghargaannya terhadap Bekas Ketua Wanita UMNO itu, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Bekas menteri UMNO Tan Sri Rais Yaim atas keberanian yang ditonjolkan dalam memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.
Keberanian Rafidah, Tun Daim, Rais Yatim jarang ditemui – Tun Mahathir
Tun Mahathir dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.